Perodua laung amaran terdapat individu menyamar penasihat jualan, tipu pembeli

oleh Afandi Che Muhamad|
Susulan penahanan seorang lelaki berhubung kes penipuan membabitkan pembelian kenderaan Perodua kelmarin, Perodua Sales Sdn. Bhd. hari ini melaungkan amaran terhadap individu tidak bertanggungjawab selain menasihatkan orang ramai agar berwaspada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik kenyataan pihak berkuasa di dalam media tempatan hari ini, mereka telah menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen syarikat Perodua sebelum menjual kenderaan keluaran Perodua di sebuah laman web jual-beli popular yang mana telah menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Zahari Husin berkata, kes penipuan tersebut melibatkan jualan kenderaan baharu dan juga Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV).

“Perodua dan pihak yang terlibat telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

"Perodua ingin menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,” ujarnya.

Zahari menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembayaran kepada mana-mana akaun individu kerana prosedur operasi standard adalah dengan membuat pembayaran terus kepada Perodua Sales Sdn. Bhd. atau wakil-wakil pengedar yang sah.

Orang ramai boleh membeli kereta POV yang diperakui Perodua di cawangan Perodua Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang.

Selain itu, Zahari turut meminta semua pelanggan mendapatkan resit asal ketika membuat pembayaran.

Terdahulu, Perodua POV secara rasminya dibuka untuk perniagaan pada Oktober 2017 menawarkan kereta Perodua terpakai sehingga tujuh tahun yang mana kereta-kereta tersebut telah menjalani 165 poin pemeriksaan dan diperbaiki Perodua sendiri.

Untuk menambah ketenangan minda para pelanggan, kereta-kereta tersebut akan diberi  jaminan sehingga 18 bulan bagi enjin dan transmisi.

Zahari memberitahu, Perodua adalah syarikat automotif yang sentiasa mengutamakan pelanggan dan pihaknya telah menyediakan kenderaan mampu milik dan boleh dipercayai kepada orang ramai selama ini.

Jelas Zahari, pihaknya kini membuka lebih peluang kepada ramai lagi rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan tanpa berkompromi isu keselamatan dan kualiti kenderaan menerusi POV.

POV kini beroperasi sepenuhnya di bilik pameran baru Perodua Kuala Lumpur yang mana turut menjual kereta baru Perodua.

Tambah Zahari, pihaknya menyeru orang ramai yang berminat membeli kenderaaan untuk berkunjung ke Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur hari ini.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…