Perodua KL raikan pelanggan pertama yang beli Perodua Pre-Owned Vehicle

oleh DIANA ISMADI|
Bilik pameran serta pusat jualan kereta terpakai, Perodua KL yang juga dikenali sebagai POV (Perodua Pre-Owned Vehicle) kini telah meraikan penyerahan kenderaan yang pertama buat pelanggan pertama Perodua KL.

Ruzina Binti [email protected] Basri merupakan seorang guru yang menjadi pelanggan pertama Perodua KL dengan membeli sebuah kereta terpakai iaitu Perodua Axia.

 

“Saya mahukan kereta yang boleh menawarkan penjimatan bahan api yang baik. Selepas puas mencari, saya dapati Perodua Axia merupakan kenderaan yang terbaik buat saya dan keluarga” kata Ruzina.

 

Perodua kl

 

Menurut Ruzina lagi, pertama kali beliau meninjau Perodua Axia milik beliau itu, beliau sangat terkejut kerana kenderaan tersebut sangat mantap dan nampak seakan-akan kereta baharu.

 

“Dengan harga yang dibayar, saya sangat berpuas hati. Membeli kereta terpakai dari pengedar yang dipercayai dan paling seronok, ia datang dengan waranti selama 18 bulan, memang berbaloi” kata Ruzina.

 

Perodua KL

 

Selain daripada kenderaan baharu, Perodua KL turut menawarkan kenderaan terpakai Perodua yang telah diiktiraf dan diperiksa dengan teliti oleh juruteknik dari pusat servis Perodua. Dalam masa yang sama, Perodua KL turut menerima kereta "trade-in" dari mana-mana jenama automotif yang lain.

 

Kepada anda yang hendak memiliki kenderaan Perodua yang baharu atau terpakai, anda boleh ke Perodua KL yang terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.

 

Perodua kl

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sambutan Deepavali lebih bermakna buat 19 orang kanak-kanak yang menetap di situ kerana Perodua…
Berita Domestik
Perodua kini telah membuka sebuah bilik pameran beserta pusat jualan kereta terpakai yang dikenali…
Informasi
Daihatsu Motor Berhad telah mengadakan sesi Majlis Tandatangan Penaja sebentar tadi di mana…