Perodua KL kini dibuka-pusat jualan kenderaan terpakai dan bilik pameran

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perodua kini telah membuka sebuah bilik pameran beserta pusat jualan kereta terpakai yang dikenali sebagai Perodua KL.

 

Perodua KL terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur merupakan kedai jualan terbesar Perodua dibina dengan kos RM1.7 juta. 

 

"Bilik pameran baharu ini merupakan satu lagi inisiatif Perodua untuk memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik buat pelanggan kami” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin.

 

 

Selain daripada kenderaan baharu, Perodua KL turut menawarkan kenderaan terpakai Perodua yang telah diiktiraf dan diperiksa dengan teliti oleh juruteknik dari pusat servis Perodua. Dalam masa yang sama, Perodua KL turut menerima kereta "trade-in" dari mana-mana jenama automotif yang lain. 

 

 

Kesemua kenderaan terpakai Perodua ditawarkan dengan jaminan sehingga 18 bulan untuk bahagian enjin dan transmisi. 

 

"Kami mengalu-alukan anda semua untuk datang dan melihat apa yang boleh kami tawarkan untuk keperluan anda," tambah Zahari.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…
Hezeri Samsuri
Namun begitu, untuk pemain-pemain industri, mereka tahu isu itu tidak akan terhenti di situ sahaja…