Perodua Kancil 850 menang perlumbaan ketahanan 24 jam (Endurance Race)

oleh SALINA JALIL|
Pasukan Loco Racing Maxxoil yang menggunakan Perodua Kancil 850cc, tahun 1998 telah memenangi perlumbaan ketahanan 24 jam atau lebih dikenali sebagai Endurance Race di Sepang hujung minggu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Masa terbaik yang dicatatkan oleh pasukan ini adalah 3:07 dan dalam masa 24 jam dan berjaya membuat 383 pusingan.

 

kancil 1

 

Pengurus Pasukan, Dato Mohd Khairul berkata pasukan Loco Racing Maxxoil adalah satu-satunya pasukan Malaysia yang hanya mengisi bahan api dan menukar pemandu tanpa menghadapi masalah besar untuk bahagian kereta dan hanya selepas 16 jam perlumbaan pasukan terpaksa menukar tayar sekali sahaja.

 

kancil team 2


Beliau juga berkata perlumbaan kali ini amat bermakna kerana telah melakukan yang terbaik, sebuah pasukan dari Malaysia yang terbaik dan menjadi juara dalam kategori kami, dapat bertahan selama 24 jam serta menggunakan sebuah kereta yang pantas tetapi boleh dipercayai, bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang baik, strategi dan kejuruteraan kraf perlumbaan yang baik.

Secara ringkas Pasukan Loco Racing Maxxoil telah berjaya:-

- mendapat tempat ke-9 secara keseluruhan
- tempat pertama dalam kategori Malaysia
- tempat pertama dalam Kelas M3 

Spesifikasi kereta yang digunakan adalah:
- 1998 Perodua Kancil
- Enjin DVVT 850cc (sumber dari Perodua Viva)
- Stok sepenuhnya tetapi telah dibina semula dan air-fuel ratio oleh Greddy E-Manage

kancil team 3

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang beraksi di Litar Antarabangsa Chang, Thailand itu menyaksikan 64 buah kereta…
Berita Domestik
Rocket Nation yang merupakan kumpulan elit kelab tersebut telah berjaya memperoleh tempat ketiga…
Berita Global
Perlumbaan ketahanan itu akan diadakan selama 25 jam bertempat di Litar Antarabangsa Chang,…