Perodua Bezza kini dijual di Sri Lanka – Pasaran eksport terbesar Perodua

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perodua Bezza kini dijual di Sri Lanka – Pasaran eksport terbesar Perodua
Perodua Bezza kini dijual di Sri Lanka – Pasaran eksport terbesar Perodua
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perodua nampaknya semakin galak mengembangkan bisnes mereka. Tidak mahu hanya dikenali sebagai juara tempatan, Perodua telah mengeksport Bezza 1.0L Automatik ke Sri Lanka dan model itu dilancarkan secara rasmi pada Selasa, 7 Jun 2017.

Acara tersebut dianjurkan oleh Unimo Enterpries Ltd. selaku pengedar kenderaan Perodua di negara itu.

Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar Perodua dan sejak 1997 hingga Mei 2017 sebanyak 14,000 kenderaan telah terjual. Selain Bezza, Unimo turut menawarkan Perodua dan pada tahun 2016 telah terjual sebanyak 1,400 unit.

“Perodua masih lagi kecil di Sri Lanka tetapi kami melihat potensi besar yang ditawarkan Sri Lanka selari dengan pertumbuhan ekonomi negara ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada majlis pelancaran Bezza.

Turut hadir ke acara tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Yang Berbahagia Wan Zaidi Wan Abdullah.

 

BERITA DOMESTIK Perodua Bezza kini dijual di Sri Lanka – Pasaran eksport terbesar Perodua

 

Sementara itu, bermula tahun ini Perodua akan lebih fokus kepada program pengembangan pasaran eksport dan sedang mengkaji destinasi baharu bagi memenuhi visi syarikat untuk lebih terampil dalam pasaran serantau.

Dari Januari hingga Mei tahun ini, Perodua telah mengeksport 1,600 unit kenderaan ke enam negara termasuk Indonesia melalui model Myvi yang dijenamakan sebagai Daihatsu Sirion.

Secara keseluruhan, Perodua telah mengeksport sebanyak 75,000 kenderaan dengan kemuncaknya ke 21 buah negara.

Sejak 1997, Perodua telah mengeksport lima buah model ke Sri Lanka iaitu Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan terbaru, Bezza.

“Kami ingin berterima kasih kepada Perodua di atas sokongan yang diberikan kepada Unimo dalam tempoh lebih dari 20 tahun ini, kami juga bersemangat untuk mengembangkan lagi jenama Perodua di negara ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan / Pengarah Eksekutif Unimo, En. Chanaka Yatawara.

“Kami percaya Bezza akan diterima baik di Sri Lanka memandangkan kereta ini mempunyai segala ciri yang menarik perhatian ramai seperti keluasan, rekabentuk, kecekapan bahan api dan versatiliti dan ia adalah satu kombinasi yang cemerlang,” tambah En. Chanaka Yatawar lagi.

Di Sri Lanka, Perodua Bezza 1.0L Automatik dipasarkan pada harga LKR 3.69 juta atau bersamaan RM 103,162.29.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…