Perodua beri 100 tempat duduk bayi percuma

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua akan memberikan 100 unit tempat duduk bayi jenama Gear Up secara percuma sebagai salah satu acara menyambut Hari Raya syarikat tersebut.

Ia juga selari dengan Kempen Keselamatan Jalanraya Perodua yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Merdeka Bonanza
infant

 

Menurut Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales yang Careta hubungi sebentar tadi menerangkan bahawa kakitangan Perodua akan berada di tiga lokasi di tiga lebuhraya utama - hala utara, selatan dan pantai timur esok (Selasa 12 Jun 2018).

"Mereka akan memilih pemilik Perodua secara rawak  di lokasi-lokasi tersebut. Keutamaan ialah kenderaan Perodua yang membawa kanak-kanak tanpa tempat duduk yang sesuai," ujar Zahari.

Menurut laman web Paultan.org, lokasi-lokasi tersebut dipercayai ialah stesen minyak Petronas dan sejumlah 100 unit tempat duduk bayi itu akan dibahagikan kepada ketiga-tiga stesen tersebut.

Tempat duduk bayi Gear Up berharga dari RM623 untuk bayi dan RM736 untuk kanak-kanak. Kesemuanya lengkap dengan sistem pemasangan Isofix dan harga tersebut sah sehingga 30 Jun.

 

todler


 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini disokong oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu Perodua…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin berkata para peserta dinilai…