Perodua bakal hadir dengan SUV

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat Perodua dan juga peminat crossover kecil pasti akan bersorak gembira kerana Perodua akan muncul dengan sebuah SUV kecil.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh ketika Careta berjumpa dengan beliau di ibupejabat Perodua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut beliau, Perodua memang mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah SUV untuk pasaran tempatan.

"Apa dia dan bila, itu kita tunggu tetapi memang ia di dalam pelan produk Perodua," ujar Aminar.

Desas desus kuat dari bahagian vendor mengatakan bahawa Perodua mempunyai projek penghasilan SUV dan ia di dalam peringkat awal.

Mengikut firasat Careta, model SUV dari Perodua yang akan menggantikan model Nautica itu mungkin akan diambil dari model pengganti Toyota Rush, tetapi varian 5 tempat duduk.

Toyota sememangnya sangat memerlukan pengganti Rush yang kini dilihat sebagai terlalu lama dan terlalu mahal, bila dibandingkan dengan Honda BR-V.

Daihatsu telahpun mempamerkan dua konsep crossover kecil ketika pameran Motor Show GAIIAS di Jakarta pada tahun ini.

Konsep FX (gambar utama) dan FT itu mempamerkan dua jenis crossover, satu dengan tujuh tempat duduk dan satu dengan lima tempat duduk. 

Selain dari itu, Aminar juga memberikan sedikit bayangan bahawa beliau mungkin akan bersara selepas pelancaran model terbaharu Perodua dalam tahun ini.

"Ini ialah tahun kelapan saya," ujar beliau tersenyum sinis.

Terkenal kerana bersuara lembut dan suka berjenaka, Aminar ialah antara veteran di dalam dunia automotif negara dan sebelum Perodua, beliau telah bertugas di UMW Toyota.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…