Perodua Axia 2023 - 20,100 jumlah tempahan, 2,900 unit pertama bakal diserahkan pada pelanggan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebentar tadi bertempat di Kuala Lumpur, Perodua baru sahaja selesai melancarkan model mereka yang ditunggu-tunggu, Perodua Axia 2023 serba baharu yang menetapkan standard terkini untuk kereta berbaloi dimiliki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak tempahannya dibuka, Perodua Axia 2023 telah menerima sejumlah 20,100 tempahan dan 2,900 pelanggan pertama bakal menerima Axia baharu itu dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad, 13,600 dari tempahan keseluruhan merupakan tempahan dari pelanggan yang menukar dari Axia generasi terdahulu kepada generasi baharu bersama 6,500 tempahan baharu.

Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, "Dengan pelancaran Perodua Axia serba baharu, kami mempunyai dua fokus, iaitu untuk memaksimakan penghantaran kepada pelanggan, dan menukar sebanyak mungkin tempahan Axia generasi terdahulu kepada Axia serba baharu."

"Sasaran kami mencapai 314,000 pendaftaran dan 330,000 produksi pada tahun ini mencerminkan komitmen kami untuk tempahan dan kepercayaan anda dihantar secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti."

 

2

 

Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad turut menambah bahawa Perodua Axia serba baharu itu disasarkan untuk dijual sebanyak 5,700 unit sebulan, dan untuk mencapai sasaran itu, Perodua menetapkan untuk menjual sebanyak 82,000 unit model Axia tahun ini.

Disebalik platform DNGA yang baharu, Axia 2023 masih lagi mengekalkan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter 1KR-VE dengan hamburan kuasa 67 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 91 Nm @ 4,400 rpm.

Axia 2023 juga akan ditawarkan sebanyak 4 varian, iaitu varian G, X, SE dan AV, semua varian akan menerima enjin 1.0 NA dipadankan dengan transmisi D-CVT.

Harga bagi Axia serba baharu akan bermula dari RM38,600 untuk varian G, RM40,000 untuk varian X, RM44,000 untuk varian SE dan RM49,500 untuk varian AV.

 

Baca: Pelancaran Perodua Axia 2023

Baca: Perodua Axia 2023 terima 4 bintang ASEAN NCAP