Permintaan minyak mentah Malaysia akan wujud untuk lagi 20 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden dan Pengerusi ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, Edward E Graham, permintaan untuk minyak mentah di dalam Malaysia akan terus kukuh untuk lagi 20 tahun.

Permintaan akan dijana oleh perkembangan petrokimia dan industri penghasilan elektrik. Edward berkata permintaan untuk minyak mentah akan melebihi bekalan tenaga dari sumber tenaga alternatif dan hydrocarbon digabungkan.

Ia juga selari dengan pertumbuhan populasi penduduk dunia, walaupun dengan bekalan kuasa dari sumber tenaga alternatif.

"Jangkaan mendapati penduduk dunia akan bertambah dari 74 billion kepada 9.2 billion pada tahun 2040," terang Edward.

Kebanyakan kajian tenaga alternatif yang dilakukan sekarang masih lagi jauh dari sempurna. 

"Kami percaya penggunaan alga untuk biofuel ialah satu cara yang lebih baik dari menggunakan jagung atau kelapa sawit kerana keduanya memerlukan air yang lebih penting kepada manusia," sambungnya.

ExxonMobil dalam peringkat kejuruteraan untuk menhasilkan biofuel dengan menggunakan alga atau sejenis rumpai laut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Penyingkiran tersebut berlaku setelah pelabur aktivis ExxonMobil, Engine No. 1 berjaya…
Sukan Bermotor
Ia juga bertindak sebagai platform pengujian bahan api yang boleh diperbaharui, dikenali sebagai…
Berita Global
Ujian terhadap eFuel itu sebenarnya telah pun bermula sejak semalam lagi (30 Mac) di litar…