Antara pasukan yang dijadual memberi saingan sengit adalah Toyota Gazoo Racing yang menyenaraikan Fernando Alonso, Max Verstappen dan beberapa lagi pemandu ternama berkelas dunia.
"Kami amat berbangga kerana terpilih untuk perlumbaan ini dan akan membariskan pelumba terbaik yang pernah memenangi pertandingan eRacing GP," kata Alex yang juga peneraju Axle Motorsport.
"Kami juga sedang giat menjalani latihan untuk mendapatkan momentum serta konsistensi yang baik."
Nama Alex begitu sinonim dalam sukan permotoran empat roda selain berpengalaman dalam perlumbaan endurance.
Dia yang pernah menyertai saingan pada 2001 dan 2002 itu pernah dinobatkan selaku Pemandu Baharu Terbaik ketika membuat kemunculan pertama di Le Mans pada 2006.
Alex seterusnya meraih tempat kelima di litar ikonik berkenaan pada tahun berikutnya. Dengan syarat penyertaan perlu membariskan dua pemandu litar sebenar daripada empat pasukan setiap pasukan, anak Alex, Alister akan bergandingan dengan bapanya dalam pasukan Axle.
Turut berada dalam senarai pasukan yang bakal beraksi dalam kelas Le Mans Prototypes 2 (LMP2) adalah naib juara eRacing GP Edisi Global, Naquib Azlan dan Mika Hakimi yang tentunya tidak asing lagi dalam perlumbaan secara maya.