Perluas gudang di Bukit Jelutong - Honda Malaysia labur RM11 juta

oleh Afandi Che Muhamad|
Komited untuk melebarkan pengaruh pasaran automotif tempatan, Honda Malaysia baru-baru ini bertindak melabur sebanyak RM11 juta bagi kerja-kerja menaik taraf gudang mereka di Bukit Jelutong, Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek naik taraf itu antara lain bakal menyaksikan keluasan kapasiti penyimpanan gudang sedia ada bertambah luas sebanyak 21,700 meter persegi.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, gudang yang digunakan sejak tahun 2012 itu dibina di atas tanah berkeluasan 50,000 meter persegi bagi menampung keperluan 93 pengedar Honda di seluruh negara.

"Kita baru sahaja selesai menyiapkan fasa kedua gudang itu bagi memenuhi permintaan selepas jualan yang semakin meningkat.

"Seiring dengan pertumbuhan jualan, ruang simpanan yang lebih luas itu diyakini mampu menambah baik operasi pergudangan, mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada peniaga, pelanggan serta menyokong pertumbuhan perniagaan masa depan," katanya.

Tambah Toichi, pihaknya percaya perkhidmatan pelanggan akan bertambah baik dari masa ke semasa berikutan adanya gudang besar tersebut.

Terdahulu, fasa kedua gudang tersebut meliputi penstrukturan semula penempatan stok, lokasi di gudang dan pengoptimuman ruang bagi meningkatkan kecekapan dan keupayaan.

Sebagai contoh, meletakkan barangan yang kerap diambil berhampiran kawasan keluar untuk menjimatkan masa perjalanan semasa mengambil dan mengurangkan pergerakan fork lift.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…