Perlengkapkan diri anda menghadapi akhir zaman dengan RV Unimog XPR440

oleh Mohamad Hanif|
Unimog merupakan trak bersaiz medium pacuan semua roda yang diproduksikan oleh Daimler sebelum dijual di bawah nama Mercedes-Benz, ditugaskan untuk kegunaan ketenteraan dan juga kerja-kerja berat seperti merentas hutan, pembersih salji di jalanan, kegunaan agrikultur dan di tapak pembinaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebuah syarikat pembina RV (recreation vehicle), EarthCruiser dari Australia telah membawa Unimog ke satu tahap yang lain dari yang lain, ia bertujuan untuk mempersiapkan diri menghadapi zaman kebangkitan zombi, dan dalam masa yang sama, berkelana di atas muka bumi dengan mudah. 


Diberikan kod nama XPR440, Unimog ini dikuasakan enjin 300 hp, mempunyai gandar portal, differential locks dan sistem pacuan semua roda dengan ciri gear berjulat rendah. 

Pada bahagian hadapan, trak ini dilengkapkan dengan bumper besi yang besar di hadapan yang melindungi lampu tambahan, D-rings, dan takal cangkuk yang mampu menarik beban seberat 9,000 kg. 
 


Bahagian kabin pula menampilkan panel bumbung solar yang boleh dinaikkan menggunakan sistem lif hidraulik untuk meluaskan lagi ruang dalaman, serta beberapa ruang untuk meletakkan barang termasuklah ruang membakar BBQ. 

Terdapat juga pelantar khas untuk meletakkan sebuah motosikal off-road dan tayar simpanan yang boleh diakses pada belakang Unimog ini. 
 


Bahagian dalaman pula serba lengkap dengan beberapa ciri seperti pendingin hawa, mikrowave, peti sejuk, mesin basuh, katil bersaiz penuh dan bilik air. 

Pemilik juga tidak perlu risau akan kekurangan bekalan air dan bahan api kerana Unimog ini mempunyai tangki air sebesar 860 liter dan tangki minyak 800 liter yang mampu memberikan jarak pengoperasian sejauh 3,500 km. 
 


Selain daripada sistem navigasi berkomputer, terdapat sistem perakam yang terdiri daripada lima buah kamera dan storan yang mampu merakam selama 45 hari tanpa henti sebelum anda memuat naik rakaman untuk tontonan dunia. 

Untuk tujuan kemudahan ketika bertukar dari negara pemanduan sebelah kiri kepada kanan, Unimog VarioPilot transferable steering system mampu menukar posisi pemanduan dengan mudah dalam masa 30 saat. 

 

Saksikan aksi Unimog XPR440 ini pada video ringkas yang diterbitkan oleh Earthcruiser Australia. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
RV yang unik ini dihasilkan oleh Marchi Mobile dan ia menggandingkan penggunaan bahan-bahan yang…
Gaya Hidup
Ia sebenarnya merupakan akronim kepada All-Season, Electric, Off-road, New and modern RV - syarikat…
Berita Global
Kali ini, kami membawakan contoh sebuah RV moden yang boleh anda dapatkan (sekiranya tahu lubang…