Berikut empat perkara perlu anda tahu tentang EMARS:
1. Menjimatkan Perbelanjaan Negara Setahun Sekurang-kurangnya RM15 Juta
Inisiatif ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
Selain memastikan ketersampaian perkhidmatan kepada setiap lapisan masyarakat hingga ke akar umbi, inisiatif ini turut membawa manfaat dalam aspek kewangan.
2. Operasi Bermula 1 Mei Ini
Inisiatif yang dilaksanakan dengan libat urus bersama Kementerian Kesihatan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan memulakan operasinya pada 1 Mei ini.
Helikopter EMARS diambil daripada aset JPBM sedia ada dari jenis Agusta AW109E yang diubah suai untuk dilengkapi peralatan perubatan kecemasan, boleh memuatkan tujuh orang pada satu-satu masa.
3. Meningkatkan Kecemasan Seperti Pemindahan Mangsa Kemalangan Jalan Raya
Inisiatif ini turut berfungsi untuk mempercepat operasi kecemasan seperti pemindahan mangsa kemalangan jalan raya.
4. Satu Helikopter EMARS Digunakan Untuk Seluruh Semenanjung
Buat masa ini, hanya sebuah helikopter EMARS akan digerakkan ke seluruh semenanjung. Namun, perkembangan jumlah dan capaiannya di masa akan datang bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.