Perkara yang anda wajib tahu sebelum pasang roof rack

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi anda yang selalu berjalan jauh dan membawa banyak barang, mungkin anda sudah faham dan kenal dengan fungsi rak bumbung atau ‘roof rack’. Pemasangan roof rack selalunya dikaitkan dengan praktikaliti bagi yang selalu mengangkut banyak barang dengan kereta.

 

Apa itu roof rack?

 

Roof rack merupakan satu penyelesaian ekonomi yang sesuai untuk pengguna yang memerlukan lebih ruang muatan.

 

Contohnya, anda yang memiliki SUV atau MPV namum memerlukan lebih ruang penyimpanan barang ketika pergi bercuti atau pulang ke kempung bersama ahli keluarga yang ramai, sehingga tak cukup ruang simpanan dalam kabin. Ada juga yang berniaga, yang membawa basikal, dan pelbagai kegunaan lain.

 

Pada asasnya, objektf pemasangan roof rack membolehkan anda mengangkut lebih banyak barang dengan kereta anda tanpa perlu membeli van atau lori.

 

Berapa harga atau kos untuk pemasangan roof rack?

 

Harga bermula sekitar RM170 hingga ada yang mencecah RM12,000.

 

Kenapa harga roof rack berbeza?

 

Antara faktor perbezaan harga adalah kerana jenis material yang digunakan untuk menghasilkan roof rack itu. Contohnya ada roof rack jenis besi, aluminum, jenis, gaya dan sudah semestinya jenama yang menentukan harganya.

 

Roof rack jenis aluminium selalunya lebih mahal berbanding jenis besi. Bagi roof rack yang menawarkan aerodinamik dan jenama terkenal seperti Thule atau Whispbar juga akan lebih mahal.

Jenis biasa

 

Dengan profil aerodinamik

 

Boleh pasang apa-apa jenis roof rack pada kereta?

 

Semestinya…tidak. Anda tidak boleh membeli sembarangan roof rack tanpa mengenali keperluan kereta anda. Jika roof rack itu murah, cantik dan anda berkenan, periksa jenis yang kereta anda perlukan.

 

Bagaimana untuk memilih roof rack yang sesuai?

Terdapat empat jenis bumbung dan cara roof rack dipasang dan melekat pada bumbung juga berbeza.

 

1. Roof rack untuk kereta dengan rel bumbung yang mempunyai jurang.

Selalunya jenis ini boleh didapati pada kenderaan jenis SUV.

Dengan jurang dari permukaan bumbung

 

2. Roof rack untuk kereta dengan rel bumbung solid.

Jenis ini adalah solid dan tiada jurang antara bumbung dan rel.

Jenis solid tanpa jurang

 

3. Roof rack dengan titik pelekap “fix point”.

Selalunya “fix point” ini berada di atas bumbung kereta atau di dalam tiang pintu kereta yang direka khusus untuk pemasangan roof rack.

Terdapat empat permukaan yang disembunyikan di bawah penutup plastik kecil atau cap di atas bumbung. Ada juga kes dimana “fix point” ini sukar untuk dijumpai.

Titik pelekap pada bumbung

 

Contoh titik pelekap

 

4. Roof rack tanpa titik pelekap “fix point”.

 

Jika kereta anda tiada seperti ciri-ciri diatas, maka anda memerlukan roof rack jenis “Door Jamb”. Ia adalah jenis roof rack yang dikepit pada tiang pintu kereta. Lihat gambar di bawah sebagai contoh.

Kedudukan door jamb

 

Kedudukan titik pelekap

 

Boleh saya pasang roof rack sendiri?

 

Tentunya boleh. Ini lima tips untuk memudahkan proses pemasangan roof rack pada kereta anda.

 

  • Dapatkan bantuan dari sesiapa sahaja. Kerja dan proses pemasangan akan menjadi lebih mudah jika dilakukan oleh dua orang.

 

  • Baca manual arahan yang disediakan. Semua manual pemasangan mengandungi maklumat penting mengenai tetapan tork dan kedudukan yang sesuai.

 

  • Pastikan bumbung kereta bersih. Ini sangat penting terutamanya jika memasang roof rack jenis “Door Jamb”. Kotoran yang melekat atau terperangkap diantara titik pelekap boleh mencalarkan bumbung kereta anda.

 

  • Perlukan gris. Ini adalah untuk diletakkan pada pelekap/bolt untuk memastikan proses membuka atau mengeluarkan tidak merosakkan roof rack itu. Baca manual untuk melihat tetapan tork supaya tidak terlalu ketat.