Perjumpaan Eksklusif Kelab Kereta Kia 2018

oleh SALINA JALIL|
Naza Kia Malaysia telah mengadakan satu perjumpaan eksklusif bersama ahli-ahli kelab kereta Kia bertempat di Pusat Jualan dan Servis Red Cube, Petaling Jaya pada pagi tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perjumpaan ini merangkumi beberapa kelab kereta Kia iaitu:-

- MyNazaKia Club (MNKC)

- Kia Sportage Club

- K5 Club

- Cerato Community Malaysia

- MKoup

- Forte Premier Club

- Citra Club Malaysia

- Kia Spectra Owner Club

- Team Modify Carens & Citra

- Kia Rio Club Malaysia (Riolution)

 

 

 

Apa yang menarik tentang perjumpaan yang julung-julung kali diadakan ini adalah pertemuan dengan CEO baharu Naza Kia Malaysia, Encik Ivan Kuan yang telah memaklumkan bahawa perjumpaan sebegini perlu diadakan bagi mendapatkan maklumat dan informasi dari pengguna Kia sendiri tentang produk yang dikeluarkan.

 

Perjumpaan ini dimulakan dengan tarian Naga sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.  Selain perbincangan secara santai, pihak Naza Kia Malaysia juga mengadakan presentasi produk iaitu Kia Picanto yang baharu dilancarkan awal bulan lalu.  

Salah satu acara menarik yang telah diadakan adalah taklimat mengenai gaya pemanduan di mana para ahli kelab telah diingatkan enam langkah keselamatan sebelum dan semasa memandu.

Sesi pandu uji juga telah disediakan dan yang menjadi perhatian ramai adalah Kia Optima GT, Grand Carnival dan Picanto.

Sebelum mengakhiri perjumpaan ini, pertandingan Lucky Draw telah diadakan dan hadiah utama yang disediakan adalah sebuah televisyen 49 inci yang telah dimenangi oleh ahli dari Citra Club Malaysia.

Perjumpaan ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 90 buah kereta dari pelbagai model Kia dan apa yang pasti adalah Kia Stinger bakal berada di pasaran Malaysia tahun ini.  

 

kia 1

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…