Peringatan Kepada Pemilik Kenderaan Kia di Pantai Timur

oleh SALINA JALIL|
Dalam usaha berterusan untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia memperluaskan program bantuan banjir, yang sebelum ini hanya terdapat di rantau Utara, untuk pelanggan mereka di Pantai Timur memandangkan banjir kilat baru-baru ini.

Dari hari ini hingga 31 Disember, pemilik kereta Kia yang terjejas oleh banjir kilat boleh menghantar kenderaan mereka ke mana-mana cawangan Kia yang dibenarkan di rantau Pantai Timur untuk pemeriksaan kenderaan percuma dan nasihat profesional.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Naza Kia Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk penggantian bahagian Kia yang tulen serta diskaun untuk kos buruh, tertakluk kepada tahap kerosakan yang ditanggung dalam kenderaan itu. 

Program bantuan banjir ini hanya tersedia untuk kenderaan Kia yang tidak diinsuranskan untuk bencana alam.


Sementara itu, pemilik kereta boleh mengambil langkah keselamatan berikut untuk mengelakkan kerosakan besar terhadap kenderaan mereka:


- Jangan cuba memulakan kenderaan anda atau hidupkan suis pencucuhan.

- Buka pintu kenderaan secara manual dengan menggunakan kunci untuk mengelakkan kegagalan bahagian elektronik dari penggunaan penggera jauh.

- Tanggalkan segera terminal bateri negatif untuk mengelakkan aliran elektrik di dalam kenderaan anda.

- Menyediakan laporan polis dan memaklumkan syarikat insurans anda.

- Keluarkan barang berharga dari kenderaan anda sebelum mengunci kenderaan anda secara manual.

- Buat pergiraan untuk menghantar kenderaan anda ke pusat servis Naza Kia terdekat untuk diperiksa.

Sila ke Pusat Jualan dan Servis Naza Kia yang berdekatan dengan anda di:

 

No

Outlet

State

1

NKM Kuantan Red Cube

Pahang

2

Autohaus Prima Sdn Bhd

Terengganu

3

Sri Baru Fast Automobile Sdn Bhd

Kelantan

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…