Perginya seorang pelumba senior cubprix : Norizman Ismail

oleh |
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berikutan insiden Semasa sesi Ujian Masa CP150 Kejohanam AAM Malaysian Cub Prix Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, dengan dukacitanya dilaporkan bahawa pelumba No 19 Norizman Ismail telah meninggal dunia ekoran insiden tersebut.

Menurut pihak penganjur kejohanan, Norizman terjatuh keseorangan di Selekoh 1 dan para marshal serta paramedik telah memberikan rawatan kecemasan segera. Bendera merah telah dikibarkan pada jam 15:52 untuk menamatkan sesi latihan.  Norizman telah dibawa menaiki ambulan ke unit trauma pada jam 15:55 untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan dibantu mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan pada jam 16:12. Jarak ke hospital adalah kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 16:50, hari Jumaat, 5 Mei 2017.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

Jenazah Allahyarham akan tiba lewat malam ni di No 181 Jalan NusariBayu 1/6 Tmn Nusari Bayu 1 , 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

MHF_1590-682x1024

Nama:    Norizman Ismail

umur:    32 (1985)

Nat:    MAS

Bike No:    19

Jentera:    Yamaha

Pasukan:    ONEXOX TKKR Racing

kelas:    150cc Underbone

SOROTAN KERJAYA:

2005
CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia

2011
CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia

2012
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 4th

2013
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 2nd keseluruhan

2013
Keempat - 115cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2014
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kedua keseluruhan

2014
Keempat - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2015
Kedua - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2015
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kelima

2016
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Ketiga

2016
Keenam - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship