En. Tan Ka Kin, Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto juga mengatakan bahawa sehingga ke hari ini, kami telah menyerahkan lebih daripada 300 unit kenderaan jenama BMW di Perak dan lebih daripada 400 unit kenderaan jenama yang sama di Pulau Pinang, yang masing-masingnya terdiri daripada 64 peratus dan 59 peratus unit yang merangkumi kenderaan BMW iPerformance.
En. Alex Castaldi, Pengurus Besar Banjaran Hotsprings Retreat dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa inisiatif untuk membawakan pengalaman yang damai dan santai bagi para pengunjung mereka menyegarkan diri amat bersesuaian untuk mengadakan fasiliti pengecasan BMW i kerana ia melambangan ketenangan dan gaya hidup dan tanpa memudaratkan alam sekitar.
En. Kevin Cheah, Pengurus Besar Iconic Hotel pula berkata bahawa fasiliti pengecasan BMW i ini dialu-alukan memandangkan dengan cara ini mereka boleh memenuhi keperluan e-mobiliti para tetamu mereka dan kemudahan ini secara tidak langsung memberikan keselesaan dan melengkapi perjalanan tetamu mereka.
Rangkaian fasiliti-fasiliti pengecasan BMW i yang telah dipasang oleh pihak pengedar BMW sebelum ini adalah di WEIL Hotel (Ipoh), Holiday Inn (Melaka) dan The Equatorial (Melaka) dan di CityONE Megamall (Kuching).
Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC menawarkan akses ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsinya seperti ChargEV yang membolehkan pelanggan mendapatkan sokongan dan akses 24/7 ke atas semua lokasi pengecasan dalam jaringan ChargEV yang kian berkembang dan kini menawarkan lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara.