Perak cadang lokasi baru lapangan terbang antarabangsa di Bota

oleh Hamimah Hamid|
SATU lokasi berhampiran Felcra Nasaruddin di Bota dekat Seri Iskandar dicadangkan sebagai tapak lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Kawasan seluas 1,618.74 hektar itu terletak kira-kira 40 kilometer dari tapak asal cadangan pembinaan lapangan terbang sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, status projek itu yang dikendalikan syarikat kejuruteraan infrastruktur mega, Colebrand International Limited berpangkalan di United Kingdom kini sudah memasuki kajian lapangan 

 

Katanya, tanah baharu yang dicadangkan itu tidak membabitkan masalah tanah perkuburan yang akan memakan masa yang terlalu lama untuk perpindahan, pampasan dan sebagainya.

 

"Tapak baharu ini sebahagiannya milik Felcra, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan sebahagiannya milik kerajaan negeri.

 

"Jadi tanah kita cadang ini, tanah yang seminimum masalah supaya mereka (Colebrand) boleh terus membuat kajian lapangan dan meneruskan cadangan pembinaan mereka," katanya. 

 

Mohammad Nizar berkata, kos bagi pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu dibiayai inisiatif pembiayaan swasta (PFI), namun jumlah keseluruhan kos masih diperingkat awal untuk dimuktamadkan kerana ia kini baru berada di fasa kajian lapangan.

Yb nizar bergambar dgn pengendali

Menurutnya, lapangan terbang itu secara prinsipnya juga sudah dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan.

 

"Syarikat ini sudah berjumpa pihak Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan dan Menteri Besar Perak bagi memberi penerangan serta gambaran berkaitan pembinaan lapangan terbang itu," katanya.