Peraduan yang berdasarkan tagline Volkswagen, ‘Better experienced than explained’.
Untuk menyertainya, anda hanya perlu memandu uji sebuah model Volkswagen di mana-mana pengedar sah, rakamkan pengalaman itu ke dalam satu video berdurasi seminit dan letakkan keterangan video yang paling kreatif.
Peraduan “Win the Icon” terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah. Mereka yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah:
Langkah 1: Pandu uji mana-mana model Volkswagen di pengedar sah
Langkah 2: Rakam satu klip video berdurasi seminit tentang pengalaman anda dan muat naik ke Instagram
Langkah 3: Lengkapkan slogan “Kisah #BetterExperiencedThanExplained saya ialah…”
Langkah 4: Ikuti dan tag @VolkswagenMalaysia di dalam hantaran tersebut
*Sila pastikan profil Instagram anda boleh diakses oleh orang ramai
Pemenang bertuah akan diumumkan pada bulan Disember nanti dan bakal memandu pulang sebuah Volkswagen Beetle 1.2TSI baharu.
Beetle, yang berjaya memenangi beberapa anugerah dan berjaya mencuri hati sepanjang 80 tahun ia dikeluarkan. Ia telah direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, kini lebih 21.3 juta unit Beetle telah terjual di seluruh dunia, sekali gus menjadikannya salah sebuah kereta terlaris dalam abad ke-20. Selepas tiga generasi, Volkswagen telah menamatkan produksi Beetle pada Julai tahun ini.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my