Peraduan ini bermula pada 11 Februari sehingga 30 April 2021, dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki identiti pengenalan yang sah (MyKad), serta lesen memandu Malaysia (kelas D).
Untuk layak menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:
1. Membuat tempahan model-model Proton (Persona, Iriz, Exora atau Saga) daripada mana-mana pengedar sah Proton bermula 11 Februari - 30 April 2021, dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Mei 2021, ATAU
2. Membuat pembelian peranti berjenama Huawei dari Huawei Brand Store atau Huawei Operating Store yang mengambil bahagian bermula dari 11 Februari - 30 April 2021
Untuk menghantar penyertaan:
1. Tangkap gambar dan buat hantaran dalam bentuk yang paling kreatif berkenaan kereta Proton yang ditempah, atau peranti Huawei yang dibeli menerusi akaun Facebook atau Instagram
2. Tambah tanda pagar #PROTONHUAWEITOGETHERLIGHTUPTHEMOMENTS, #HUAWEI, dan #HIPROTON.
3. Lengkapkan ayat berikut: "I like Proton Cars because..." atau "I like Huawei because..." dan tambahkan ke dalam hantaran anda.
4. Pastikan akaun FB atau IG ditetapkan sebagai umum.
5. Pergi ke lawan web www.protonhuaweitogetherlightupthemoments.com, jawab soalan mudah dan masukkan butiran peribadi.
6. Muatnaik gambar bukti tempahan kereta Proton atau pembelian peranti Huawei ke dalam laman web
7. Akhir sekali, sertakan pautan hantaran FB atau IG anda.