Penyerahan 115 trak Isuzu kepada City-Link Express

oleh SALINA JALIL|
Demi meningkatkan kecekapan penghantaran ekspres dan perkhidmatan lojistik bersepadu, Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah menyerahkan sebanyak 115 unit trak Isuzu kepada syarikat terkemuka City-Link Express (M) Sdn Bhd di kemudahan ‘Super Hub’ mereka yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor.
Penyerahan terkini ini merupakan perjanjian flit tahunan, di mana bagi tahun 2017, serahan ini melibatkan 105 unit model ELF 4-wheeler (NLR77UEE), dengan 10 unit model ELF 6-wheeler (NQR75UKN). Penyerahan ini melambangkan kepercayaan utuh City-Link Express terhadap Isuzu Malaysia, sejak perjanjian pertama yang dipersetujui pada tahun 2011. Pemerolehan terkini ini merupakan usaha yang sejajar dengan perkembangan perniagaan syarikat City-Link Express.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah satu syarikat tempatan utama yang menyediakan servis penghantaran ekspres antarabangsa dan perkhidmatan logistik bersepadu, City-Link Express sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan mereka menjangkaui harapan para pelanggan, di samping bertepatan dengan keperluan perniagaan masa kini. Oleh yang demikian, trak Isuzu menjadi pilihan untuk memastikan barangan sampai ke destinasi tepat pada waktunya, selain menawarkan penjimatan efektif. Kini, City-Link Express mempunyai 322 unit trak Isuzu yang mengendalikan penghantaran domestik dan serahan ‘dari pintu ke pintu’.

Sewaktu majlis penyerahan, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui berkesempatan menyampaikan penghargaannya kepada pihak City-Link Express di atas kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan terhadap Isuzu Malaysia sebagai sekutu perniagaan yang penting. Menurut Tsukui, Isuzu Malaysia berhasrat untuk menawarkan sokongan padu kepada City-Link Express dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi syarikat pilihan utama dalam servis penghantaran dan logistik. Antara sokongan yang bakal ditawarkan termasuklah sesi latihan dan kefahaman untuk para pemandu, serta servis selepas jualan yang cekap

Selain daripada keteguhan dan kebolehharapan trak Isuzu, buat pertama kalinya dalam sejarah perjanjian flit antara kedua-dua syarikat, kesemua 115 unit trak Isuzu ini dilengkapi enjin rel sepunya (‘commonrail’). Enjin rel sepunya ini menawarkan penjimatan minyak yang lebih baik, selain daripada peningkatan prestasi yang seiringan dengan peraturan terkini yang telah ditetapkan oleh badan UNECE (Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah).

Sebagai tanda simbolik, Tsukui menyerahkan kunci replika kepada Dato’ David Tan, selaku Pengasas dan Pengerusi Eksekutif City-Link Express, disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ronald Tan, dan juga Pengurus Jualan, Colin Tan. Majlis juga dihadiri oleh Daniel Lee, Pengarah PTM Accel Sdn Bhd, syarikat pengedar sah trak Isuzu Malaysia.

Di atas keutuhan jalinan perniagaan antara kedua-dua syarikat ini, sejurus selepas majlis penyerahan dilangsungkan, Isuzu Malaysia juga telah menjalankan Seminar Pemanduan Eko dan sesi latihan tentang penyenggaraan servis asas. Sesi tersebut bertujuan untuk berkongsikan maklumat penting dan kefahaman mendalam agar para pemandu City-Link Express dapat mencapai cara pemanduan yang lebih ekonomi dan selamat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…