Penunggang motosikal cedera 'dilanggar' pejalan kaki diminta tampil lapor polis

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh akibat pelanggaran dengan pejalan kaki yang melintas secara terburu-buru di Prima Sri Gombak, di Gombak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya mengesan video tular berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu jam 9 pagi Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Video yang dikongsi Facebook itu memaparkan seorang pejalan kaki dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan.

"Kejadian berlaku jam 3.45 petang Khamis membabitkan seorang penunggang motosikal warga tempatan berusia 27 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Keramat, Kuala Lumpur ke Taman Seri Gombak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu video tular itu mendapat pelbagai reaksi warganet apabila pejalan kaki terbabit dilihat melintas jalan tergesa-gesa ketika motosikal berkenaan dilihat bergerak ketika lampu isyarat hijau.

Akibat tidak sempat mengelak, motosikal terbabit melanggar pejalan kaki berkenaan membuatkan kedua-dua mereka terpelanting dan terjatuh di jalan raya.

Mengulas lanjut Noor Ariffin meminta pejalan kaki dan pemilik rakaman kamera papan pemuka terbabit supaya tampil membuat laporan kerana setakat ini hanya dibuat oleh penunggang motosikal.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau saksi kejadian juga diminta tampil bagi membantu siasatan.

 

Sinar Harian