PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MAUT KEMALANGAN DI GERIK

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan dengan pacuan empat roda di Jalan Raya Timur Barat menghala Hentian Titiwangsa petang tadi.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki melayu berusia 55 tahun terperosok di bawah kenderaan terbabit dan maut di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit diterima pada pukul 5.03 petang.

"Tiba di lokasi anggota mendapati kemalangan terbabit melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi Honda CBR1000RR dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah Hilux tersebut oleh anggota bomba" katanya. 

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Kamarul Ariffin Abd Ghani tamat jam 6.26 petang.

 

 

Penulis: Firdaus Razani