Penunggang hilang dijumpai tinggal tengkorak - Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang petugas Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia (seperti TNB di Malaysia) terjumpa sebuah motosikak Kawasaki KLX 150 ketika beliau sedang mahu memasang tiang elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian yang berlaku di Desa Mislak Kecamatan Jebus, Bangka Barat, Pulau Bangka (di perairan Sumatera) berlaku Selasa lalu.

Turut dijumpai lebih kurang dua meter dari motosikal yang diselaputi lumpur dan rumput-rumpai itu ialah tengkorak manusia.

 

 

Motosikal dan rangka itu ditemui di kawasan berpaya di tepi sebuah jalanraya di kampung tersebut.

Menurut Kapolsek (Kepala Kepolisian Sektor) Jebus, Kompol Alam Bawono mengesahkan bahawa tengkorak itu milik Rendi Purwanto, 24, dari kawasan berdekatan.

Rendi diberitakan pergi menunggang menaiki motosikal Kawasaki KLX 150 warna hijau pada 28 April lalu dan tidak kembali ke rumah.

Pihak keluarga mengesahkan pakaian pada tengkorak itu ialah pakaian yang digunakan oleh Rendi semasa beliau meninggalkan rumah.

Takziah kepada keluarga mangsa. Untuk yang lain, diharapkan sekiranya keluar menunggang atau memandu seorang diri, beritahu ahli keluarga terdekat agar mereka tahu lokasi anda.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…