Penunggang BMW GS rempuh peragut beg

oleh HEZERI SAMSURI|
Anton Damhuis dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang BMW R1200 GS AC bila beliau ternampak seorang peragut sedang cuba merampas beg milik seorang pemandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Damhuis terus merempuh peragut itu tetapi beliau melarikan diri.

Pemandu kenderaan itu akhirnya melanggar peragut itu yang kemudiannya meninggalkan beg laptop itu di atas jalanraya.

Ramai yang mengutuk pemandu kereta itu yang kelihatan tidak mengucapkan terima kasih kepada Damhuis tetapi beliau muncul selepas beberapa hari untuk meminta maaf kerana terlalu terkejut sehingga terlupa untuk berterima kasih kepada Damhuis.