Peningkatan kesalahan trafik direkodkan berikutan operasi 7 kamera baru AES sebelum Hari Raya

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pertambahan kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalanraya telah dikesan ketika perjalanan balik kampung dan musim berhari raya pada sambutan Aidilfitri kali ini.

 

 

Ia adalah hasil operasi tujuh lokasi baru kamera keselamatan iaitu sebahagian dari 21 lokasi kamera di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di bawah kendalian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

 

Sebanyak 13,806 notis saman telah dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah bagi kesemua 21 kamera keselamatan di bawah AWAS dan AES sepanjang Operasi Penguatkuasaan Hari Raya oleh JPJ tahun ini.

 

 

Untuk makluman, tujuh kamera AES di lokasi terbaru tersebut sempat dipasang dan telah pun beroperasi sebelum bermulanya musim balik kampung kali ini.

 

 

Selain daripada itu, hanya 582 aduan orang ramai telah dihantar kepada JPJ melalui [email protected] dan talian WhatsApp untuk pelbagai kesalahan pengguna jalanraya.

 

 

Namun, JPJ hanya dapat mengambil tindakan untuk 294 aduan yang diterima disebabkan maklumat tidak lengkap dari pengadu selain bukti gambar/video yang tidak jelas.

 

 

Operasi Penguatkuasaan Hari Raya JPJ kali ini juga telah memperlihatkan pemantauan dan penguatkuasaan secara rondaan di 102 kawasan kerap nahas di lebuhraya dan jalan persekutuan seluruh negara yang dijalankan selama 15 hari iaitu bermula 18 Jun, melibatkan 3,128 anggota dan pegawai JPJ serta 815 aset penguatkuasa.

 

 

Di samping itu, JPJ telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan notis saman bagi tujuh kesalahan utama (seven big sins) iaitu:

 

 

Kesalahan                                                                    Jumlah saman

1) Tidak memakai tali pinggang keselamatan                         422

2) Gagal mematuhi lampu isyarat merah                                 364

3) Menggunakan lorong kecemasan                                        211

4) Guna telefon bimbit semasa memandu                               256

5) Pandu di lorong kanan secara berterusan                           75

6) Memotong di garisan berkembar                                        217

7) Memotong di sebelah kiri                                                   235’

 

 

Kesemua saman di bawah tujuh kesalahan kini dirujuk ke mahkamah kerana kesalahan-kesalahan tersebut tidak diberikan kompaun ketika musim perayaan.

 

 

Keseluruhan bilangan kenderaan diperiksa adalah sebanyak 105,817 buah berbanding dengan operasi tahun lepas iaitu sebanyak 90,568 buah kenderaan, peningkatan sebanyak 16.8%.

 

 

Bilangan kenderaan yang diambil tindakan adalah sebanyak 21,889 unit – kereta (7,536), motosikal (7,050), lori (6,827) dan bas (476).

 

 

JPJ juga telah merampas 3,585 buah motorsikal setelah membuat pemeriksaan ke atas 35,367 motosikal.

 

 

Anggota JPJ juga telah membuat penyamaran di dalam 884 buah bas dan sebanyak 612 notis saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan pengusaha bas.

 

 

Ketiadaan pemandu kedua adalah juga merupakan kesalahan di mana 168 notis saman telah diberikan hasil dari pemeriksaan ke atas 12,025 bas.

 

 

Didapati seramai 12 orang pemandu gagal telah gagal ujian dadah selepas saringan dilakukan terhadap 7,067 pemandu yang menjalani pemeriksaan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.

 

 

Jika dilihat dari statistik Ops Selamat oleh PDRM semasa tempoh perjalanan Balik Kampung tempoh hari, jumlah nahas jalanraya telah meningkat sebanyak tujuh peratus iaitu 22,402 kes kemalangan jika dibandingkan dengan angka tahun lepas sebanyak 20,982 kes.

 

 

Namun, Ops Selamat kali ini telah dianggap berjaya oleh PDRM kerana penurunan rekod kematian sebanyak 12% iaitu daripada 273 orang pada tahun lalu kepada 239 orang pada tahun ini.

 

 

Penunggang dan pembonceng motorsikal masih lagi kumpulan tertinggi bagi kematian di jalanraya pada Hari Raya tahun ini iaitu 170 kematian, berbanding 186 kes pada tahun 2016 (penurunan 8.6%).

 

Oleh; Yusof Ismail

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…
Informasi
"Dua kesalahan itu paling tinggi dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya, dalam operasi sama…
Informasi
“Bagi kesalahan tiada lesen memandu pula merekodkan 138 saman dengan empat daripadanya pemandu…