Pengunjung kempen Touch ‘n Go’s DUKE of the Road berpeluang menangi 6 bulan tol percuma

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Touch ‘n Go Sdn Bhd sedang mengadakan kempen 'DUKE of the Road' yang bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan RFID sebagai mod pembayaran tol utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengunjung roadshow kempen itu akan menerima rebat RM8 dengan setiap pembelian tag RFID, dan peluang untuk menjadi salah seorang daripada lima belas pemenang hadiah enam bulan tol percuma di lebuh raya DUKE!

Untuk membeli tag RFID dan peluang merebut hadiah tol percuma itu, kunjungi roadshow di lokasi berikut:

- Plaza Arkadia (27 - 30 Julai)
- AEON AU2 Mall Setiawangsa (4 -6 Ogos)

Sepanjang kempen itu, pengguna bukan sahaja berpeluang membeli tag RFID dengan mudah, pemasangan pada kenderaan turut dilakukan secara percuma.

Sila kunjungi laman web Touch ‘n Go untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen tersebut.