Pengumuman tergempar daripada pengurusan SIC seawal minggu hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak pengurusan Sepang International Circuit (SIC) dijangka akan membuat sidang media besar-besaran berhubung dengan sukan permotoran dua roda seawal minggu hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah SIC, Datuk Razlan Razali kini sedang menghadiri mesyuarat tergempar bersama pemegang hak MotoGP Dorna di Mugello, Itali. 

Menurut ketua pegawai komersil SIC, Sharmila Nadarajah memberi bayangan bahawa pengumuman tersebut bakal menjadi momen bersejarah dalam sukan permotoran Malaysia. 

"SIC seperti mana yang kita ketahui sedang melakar sejarah di dalam bidang sukan permotoran dua roda dan empat roda, dan kini umum mengetahui kita mempunyai bakat untuk bersaing di dalam platform yang lebih besar," tambah beliau. 

Pelumba negara iaitu Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Nabil Jeffri bakal mencipta sejarah sebagai pasukan pelumba perintis dari Malaysia yang bakal bertanding di kejohanan perlumbaan 24 jam Le Mans pada 16-17 Jun ini. 
 


Menurut Datuk Razlan yang dihubungi melalui aplikasi permesejan enggan memberikan sebarang maklumat lanjut berkenaan perjumpaan tergempar tersebut. 

Dalam masa yang sama, Sharmila turut mengesahkan bahawa SIC tiada sebarang perancangan untuk mengembalikan sukan F1 ke Malaysia buat masa yang terdekat. 

Isu F1 ini timbul kembali setelah Tun Dr Mahathir kembali menjawat jawatan terdahulu beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, dan litar Sepang merupakan idea asal daripada beliau demi meletakkan nama Malaysia di mata dunia dan meningkatkan industri pelancongan negara. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…