Penguatkuasaan tidak konsisten dan tiada pantauan terhadap penguatkuasaan mata demerit sumbang kepada kematian jalanraya

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penguatkuasaan tidak konsisten dan tiada pantauan terhadap penguatkuasaan mata demerit sumbang kepada kematian jalanraya

Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa yang tidak setara dan ketiadaan pemantauan terhadap mata demerit dan susulan untuk sabitan kesalahan lalu lintas boleh menyumbang kepada beribu-ribu kematian setiap tahun di seluruh dunia.
 
Ini telah dirumuskan dari kajian ringkasan penyelidikan semantik pada penghujung bulan lalu oleh Profesor Dr Adrian Davis dari University of West England.

 

adrian david
Professor Dr Adrian Davis dari University of West England.


 
Beliau telah merumuskan 'bukti penting' mengenai penguatkuasaan yang tidak setara yang dihasilkan dari kajian 11 tahun terhadap 10 juta orang termasuk 8,975 pemegang lesen memandu yang telah menjadi sebahagian statistik nahas maut di Ontario, Kanada.
 
"Setiap hukuman dan pemantauan berterusan membawa kepada penurunan sebanyak 35% untuk risiko kematian bulanan bagi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain,” kata Dr Davis (gambar).
 
Tetapi sebaliknya, setiap hukuman dan ketiadaan pemantauan susulan telah membawa kepada peningkatan risiko di jalanraya.
 
"Kekerapan penguatkuasaan berterusan boleh mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan, dan penekanan terhadap hukuman ringan (tiga mata demerit) sebagai contoh berguna untuk mencegah nahas jalanraya," tambahnya.
 
Menerusi penerbitan terbarunya yang bertajuk 'Penguatkuasaan undang-undang lalu lintas dan hubungan dengan risiko kematian akibat nahas', Dr Davis berkata: "Risiko nahas kenderaan pemandu individu bergantung kepada bagaimana seseorang itu memandu dan bagaimana pengguna berkelakuan di jalanraya.”
 
"Sebagai contoh, tidak berhenti untuk lampu merah (red light running) di hentian lampu isyarat merupakan punca utama nahas di lokasi persimpangan.

 

traffic light


 
“Pengawasan yang teliti terhadap keberkesanan penguatkuasaan susulan sabitan kesalahan akan menyumbang kepada keputusan yang lebih baik untuk mencegah kematian,” katanya. 

"Beberapa kajian terdahulu telah memberi bukti kukuh bahawa peningkatan hukuman maksima untuk kesalahan lalu lintas telah menyebabkan penurunan kadar kecelakaan dan kecederaan dengan purata 0.5% sebulan,” tambah Dr Davis, seorang pakar di dalam perkara melibatkan kesan kesihatan dari pengangkutan jalanraya.
 
Sebelum nahas-nahas tersebut berlaku, sebanyak 21,501 kesalahan telah direkodkan dari para pemandu tersebut dan hukuman tanpa mata penalti terhadap kesalahan pemanduan laju adalah 6,682 dan dengan mata penalti pula mencatatkan 6,493 sabitan.
 
Seperkara yang mengejutkan adalah seramai 4,861 pemandu yang sudah pun digantung lesen mereka, telah menemui maut di jalanraya.

 

car crash


 
“Kebanyakan nahas adalah tidak diingini, tidak dijangkakan dan boleh dicegah dengan perbezaan kecil terhadap tingkah laku pemandu,” Dr Davis menulis. “Pencegahan adalah penting untuk kesejahteraan manusia, memandangkan kebanyakan pemandu akan mengalami sekurang-kurangnya satu nahas jalanraya semasa hayat mereka.”
 
Di peringkat global, sekitar 1.25 juta orang mati setiap tahun akibat nahas lalu lintas dan kira-kira 25 juta adalah orang kurang upaya secara kekal.
 
“Tidak seperti penyakit biasa untuk manusia, mangsa jalanraya sering dari kalangan remaja dan memerlukan pengawasan berterusan selama beberapa dekad.”
 
Selain itu, katanya, kira-kira separuh daripada semua kematian nahas berlaku di lokasi nahas, tanpa ada peluang untuk memberi rawatan menyelamat nyawa.
 
“Sebahagian besar nahas tersebut tidak melibatkan memandu di bawah pengaruh atau Driving under influence’ (DUI) dan tidak berlaku di persimpangan jalanraya,” dia menyebut.
 
“Risiko nahas untuk individu bergantung kepada bagaimana seseorang memandu dan bagaimana pengguna jalan raya yang lain bertindak,” tambahnya lagi.

 

bike convoy
Undang-undang dilakukan untuk melindungi semua pengguna jalanraya.


 
Dengan penemuan kajian ini, Careta berharap perlaksanaan semula Kejara tiga bulan lalu akan mampu membendung sikap para pesalah jalanraya yang degil.
 
Namun begitu, diharap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis dapat membuat penguatkuasaan berterusan untuk mereka yang telah dikenakan mata demerit melalui tindakan dan pemantauan susulan termasuk untuk kes lesen digantung kerana mereka yang tegar masih akan terus berada di jalanraya tanpa disedari dan mereka sudah tentu memberi risiko besar dengan membahayakan orang lain di jalanraya.
 
* Ditulis oleh Yusuf Ismail, Editor Sumbangan Careta Media
 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang lelaki di baratdaya China telah disaman kerana memotong bumbung keretanya agar menjadi…