Pengguna Norway mula berang dengan Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna kenderaan elektrik (EV) Tesla di Norway nampaknya sudah mula merasa bosan dengan jenama popular dunia itu.

Penjualan Tesla sangat memberangsangkan di Norway tetapi semakin lama semakin ramai yang mula mengadu kerana kekurangan sokongan teknikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Europe Autonews, seorang pengguna Norway yang mengalami kemalangan kecil dengan Teslanya masih menunggu alatganti selepas lima bulan menunggu.

Walaupun kereta EV tidak perlu sebarang penjagaan sekerap kenderaan biasa, namun masalah teknikal tetap akan wujud. 

Sokongan teknikal tidak mencukupi di Norway dan kerana itu, Tesla menjadi jenama kenderaan paling teruk dari segi servis berkualiti. Dari segi syarikat korporat keseluruhan, Tesla juga menjadi syarikat keempat paling teruk di Norway.

Menurut Satheesh Varadharajan, presiden Kelab Pemilik Tesla Norway, syarikat EV itu sudah mengambil ramai pekerja baharu dan memang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. Kelab itu kini mempunyai lebih dari 3,000 ahli.

Norway memang memberikan keutamaan kepada kenderaan EV dan mahu memastikan bermula tahun 2025, semua kenderaan baharu terjual di sana ialah dari jenis EV.

Masalah Tesla itu membuka ruang untuk syarikat kenderaan lain masuk dan menawarkan kenderaan-kenderaan EV dan PHEV mereka. 

Menurut seorang lagi pemilik yang diwawancara, beliau terpaksa menghantar Tesla S beliau ke pusat servis sebaik menerima kenderaannya kerana pada masalah dengan fius utama.

"Jika ia jenama kenderaan yang lain, rasanya masalah ini boleh dimaafkan. Tetapi Tesla mempunyai ramai peminat setia di kalangan pengguna EV dunia dan bila ia memberikan masalah, ramai penyokong akan marah!"ujarnya.


 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…