Pengguna motosikal boleh guna lebuhraya SUKE dan DASH

oleh Afandi Che Muhamad|
Prolintas hari ini memberitahu Careta bahawa kedua-dua lebuhraya baharu SUKE dan DASH boleh digunakan oleh penunggang motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Datuk Mohammad Azlan Abdullah, CEO Prolintas, kedua-dua lebuhraya ini dibina dengan sisi jalan selebar 3 meter, mencukupi untuk motosikal.

GAMBAR: Azlan ketika ditemui pada sidang media di Ampang Jaya hari ini. 

 

Selain dari itu, laluan khas untuk motosikal akan turut dibina di kawasan rumah tol.

Tidak ada laluan khusus untuk motosikal di sepanjang lebuhraya ini tetapi bahu jalan berturap yang lebar itu cukup untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal sekiranya terjadi kecemasan.

Sebelum ini, dua lebuhraya di Lembah Klang yang dibina tanpa ada ruang untuk penggunaan motosikal. Atas desakan pengguna, pihak kerajaan mengumumkan MEX dan AKLEH boleh digunakan oleh pengguna motosikal walaupun ada beberapa bahagian di lebuhraya itu yang sempit dan tidak mampu memuatkan kenderaan roda empat dan roda dua sekaligus.

AKLEH bagaimanapun telah menghabiskan berbilion RM untuk menaik taraf lebuhraya mereka agar lebih sesuai untuk kegunaan motosikal.

Lebuhraya SUKE akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019 dan ia akan membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan sekitar MRR2

Lebuhraya DASH juga akan siap sebelum tahun 2020 dan ia akan menghubungkan kawasan Damansara dan Shah Alam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…