Jelasnya, dengan pembukaan laluan tersebut ia akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan hanya 18.6 kilometer yang mengambil masa 15 minit sahaja.
“Kerja-kerja akhir sebelum pembukaan jalan Persimpangan Krau (Raub) sempena perayaan Aidiladha.
“Pengguna tidak perlu lagi melalui Bandar Raub dengan jarak perjalanan melebihi 30 km dan mengambil masa lebih 45 minit,” tulisnya di laman Facebook.
Abdul Rahman berkata, pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meminta JKR menyegerakan pembukaan yang sepatutnya siap pada Disember 2023.
“Kepada semua pengguna LTU yang akan balik kampung ke Pantai Timur, sama-sama kita tunggu pengumuman pembukaan jalan sedikit masa lagi,” katanya.