Pihak Honda Malaysia juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan kesemua pemilik mematuhi arahan yang telah berkuatkuasa serta merta.
Sehingga 20 September 2018, Honda telah melengkapkan hampir 90% (atau lebih daripada 236,800 unit) penukaran inflator beg udara hadapan bagi unit yang terjejas, dengan jumlah keseluruhan penggantian bagi inflator beg udara pemandu dan penumpang dicatatkan pada 496,400 unit (84%).
Menurut Honda lagi, kadar ketersediaan stok inflator beg udara kini mencapai 100% untuk kesemua model yang dibawa masuk oleh Honda Malaysia, serta model import yang tidak dijual secara rasmi.
Sebarang kos penukaran ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada para pemilik.
Para pemilik boleh memeriksa status kenderaan mereka menerusi laman rasmi Honda di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian bebas toll Honda di 1-800-88-2020 atau berkunjung ke mana-mana pengedar sah Honda yang berhampiran.
Selain itu, Honda juga menyediakan booth sementara penggantian beg udara Mobile Hubs di pusat membeli belah dan stesen minyak Petronas yang terpilih, di mana para pelanggan tidak perlu membuat temujanji terlebih dahulu bagi melakukan penukaran.
Berikut merupakan senarai kenderaan dan tahun pengeluaran yang terjejas akibat isu beg udara Takata.
Model Kenderaan |
Tahun Produksi |
Accord |
2003-2012 |
City |
2003-2013 |
Civic |
2001-2012 |
Civic Type R |
2007-2008, 2010 |
CR-V |
2002-2011, 2013 |
Freed |
2009-2012 |
Insight |
2011-2013 |
Jazz |
2003-2007, 2009-2013 |
Odyssey |
2004-2008 |
Stream |
2003-2005, 2007-2013 |