Pengeluar tak dapat penuhi permintaan pasaran-BMW 5 Series 2017

oleh Careta.my|
AR-17042995
AR-17042995
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

BMW tidak menjangkakan permintaan dan jualan bagi BMW 5 Series 2017 akan menjadi begitu tinggi di Amerika Syarikat (AS). Pada akhir bulan lalu sahaja, hanya 200 unit kereta yang tinggal di seluruh negara AS. Para pengedar BMW kini mempunyai masalah dimana permintaan terhadap BMW 5 Series 2017 ini telah mengatasi jumlah bekalan.

bmw 5 series

 

Menurut Naib Presiden Eksekutif Operasi, Sonic Automotive, Jeff Dyke, “kami tidak mempunyai bekalan produk yang mencukupi. Bekalan kini betul-betul terhad dan kami perlukan lebih banyak lagi”. Walau bagaimanapun, BMW kini sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran. Pada masa yang sama, kekurangan bekalan ini sebenarnya disengajakan di atas sebab-sebab yang praktikal.

2017-BMW-5-Series-Italy-41-750x500

 “Kami ingin memastikan semua orang melihat dan memantau keseimbangan yang betul. Mereka tidak mahu memberikan bekalan kereta yang berlebihan jika salah seorang daripada kita terpaksa menjual kereta ini dengan menawarkan diskaun atau insentif” kata Pengerusi BMW National Dealer Forum, Tim Kreamer. Sumber dan gambar diambil dari www.bmwblog.com