Pengedar Proton yakin masa hadapan cerah

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Proton membawa para pengedar terbaiknya melawat Geely di China baru-baru ini dalam usaha untuk berkongsi pengalaman pengedar Geely mengendalikan cawangan mereka di Shanghai.

Lawatan telah melibatkan seramai 28 pemilik pusat jualan dan perkhidmatan PROTON, disertai oleh pegawai PROTON dan seorang wakil dari institusi kewangan.

Baru-baru ini, Syarikat telah menggesa pengedar dan pengendali pusat perkhidmatan untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk model baharu Proton yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

 

Lawatan tersebut telah memperkenalkan kepada mereka seorang pengedar Geely di Shanghai dan bagi yang lain, ini merupakan lawatan pertama mereka ke China di mana seorang pengedar kereta benar-benar telah membuka pintu kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari dan mengkaji operasi harian mereka. 

Pengedar-pengedar dari PROTON amat kagum dengan kejayaan Geely di negaranya.

 

Ryan Lai, pengarah LHM One Stop, sebuah cawangan PROTON 4S di Nilai berkata, dia amat tertarik dengan tahap perkhidmatan pelanggan di cawangan Geely.

"Pusat perkhidmatan tersebut mempunyai ruangan menunggu yang menyerupai hotel bertaraf 5 bintang! Kebiasaannya, suasana sebegitu hanya dapat dirasai oleh pemilik kereta premium di Eropah, akan tetapi, Geely menawarkannya kepada pelanggan mereka," kata Ryan.

lounge

 

Pengedar-pengedar tersebut turut dijemput untuk memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

"Pada awalnya saya agak ragu-ragu tetapi apabila saya mula duduk di dalam Boyue, saya tahu ini adalah kenderaan yang terbaik untuk imej baharu PROTON," jelas Ryan.

 

Pandangannya turut dikongsi oleh Susan Leong dari Hoi Keen Service di Kuantan. Hoi Keen mengendalikan pusat servis serta pusat membaiki dan mengecat PROTON.

"Ia mempunyai reka bentuk dalaman yang mewah dan terasa sangat premium bagi segmennya," kata Susan.

 

Seorang veteran dalam industri, Datuk Shamshudin dari Pantai Bharu yang mempunyai sebuah pusat PROTON 4S di Jalan Meru menyatakan keyakinannya terhadap PROTON dan Geely.

"Kerjasama itu ada dan Boyue pasti akan memberi kesan yang besar di Malaysia," kata Shamshudin.

Para pengedar juga berpeluang melawat ke Institut Penyelidikan Geely dan telah dipertonton dengan teknologi semasa dan pelbagai reka bentuk pada masa hadapan.

trio

 

Shamshudin, Ryan dan Susan turut mengumumkan secara terbuka bahawa syarikat mereka akan membuat pelaburan berjuta ringgit bagi memperluaskan cawangan PROTON mereka.

”Lawatan ini benar-benar membuka mata kepada apa yang bakal dicapai oleh PROTON pada masa akan datang."

”Kami akan melabur untuk jenama PROTON kerana kami telah melihat masa depan PROTON," kata Ryan.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berikut ialah laporan dikeluarkan Malaysiakini yang turut memetik dari Nanyang Daily: Rakyat…
Berita Domestik
Untuk tujuan promosi Tahun Baru Cina, Proton memnberikan diskaun-diskaun menarik untuk kesemua…
Berita Domestik
Proton Saga masih menjadi produk nombor satu Proton, dengan jualan melebihi 30,000 unit dalam tahun…