Pengedar-pengedar Proton mula melabur jutaan RM.

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengedar-pengedar PROTON melaburkan jutaan ringgit di PROTON meskipun jenama tersebut berhadapan dengan sentimen yang mencabar di pasaran. 

Dato' Shamshudin Nor (gambar di bawah), seorang pengedar kereta yang telah lama mengendalikan Kumpulan Syarikat Pantai Bharu memberikan maklum balas selepas mengikuti lawatan para pengedar PROTON ke Shanghai, China baru-baru ini. 

Pantai Bharu merupakan pengedar bagi kereta-kereta Perodua, Kia dan juga Proton. 

 

"Kami sebenarnya telah mula membina bangunan mandiri sebagai bilik pameran kereta. Ia merupakan pelaburan sebanyak RM4 juta dan terus terang saya katakan, kami sebelum ini, belum menentukan jenama mana yang akan menggunakan kemudahan baharu tersebut," jelas Datuk Shamshudin. 

Shamshudin berkongsi pengalamannya baru-baru ini ke China di mana beliau telah dibawa oleh PROTON untuk melawat bilik pameran Geely dan lawatan itu telah memberinya perspektif baharu kepada usahasama PROTON-Geely. 

 

"Sepanjang pengalaman saya selama 40 tahun di dalam bidang pengedaran kereta, tidak ada satu kereta pun yang menarik minat saya, selain kereta Jerman yang saya miliki. 

Saya telah bersama PROTON sejak dahulu lagi bermula dengan EON di mana kami telah mengecapi kejayaan, dan selepas melalui pelbagai rintangan, saya tidak pasti sejauh mana kami akan kekal berada di dalam pasaran. Apabila saya memandu uji kereta Geely Boyue di sana, saya dapati kereta tersebut sangat baik. 

Melihatkan kepada kualiti pembinaan dan tahap keselesaannya, saya percaya saya telah menemui factor yang bakal memacu PROTON kembali ke zaman kegemilangannya," katanya tersenyum. 

Shamshudin berkata beliau begitu kagum dengan kualiti binaan Geely di mana beliau menjelaskan, "ianya lebih baik daripada jenama-jenama teguh yang biasa didapati di Malaysia". 

 

Menurut Rabita Datuk Shamshudin (gambar atas), anak perempuan beliau yang menyelia operasi kumpulan syarikatnya, PROTON mempunyai kelebihan sendiri berbanding jenama lain. 

"Kami tahu, kami juga menjual jenama lain dan kami sentiasa menonjolkan apa yang terbaik dari setiap model. Para pelanggan sebenarnya lebih meminati kelebihan-kelebihan yang ditonjolkan model-model yang kami jual, berbanding sekiranya kita menceritakan keburukan sesebuah jenama. 

Anda tidak boleh membuat perbandingan kekurangan sesebuah model kerana semua kereta berbeza dan mempunyai kelebihan-kelebihan unik yang tersendiri. Dan untuk kereta Proton, kami menyatakan kelebihan yang ada padanya yang mungkin tidak wujud pada jenama lain," jelasnya.   

Selepas lawatan ke Shanghai, Pantai Bharu telah memutuskan agar bilik pameran baharu bernilai RM4 juta tersebut menjadi rumah baharu bagi pengedaran Proton mereka. 

 

Susan Leong (gambar atas) dari Hoi Keen Service turut berkongsi pandangannya mengenai PROTON dan Geely serta bersetuju dengan Shamshudin bahawa lawatan ke China itu telah menguatkan keyakinan beliau terhadap jenama PROTON. 

Hoi Keen bukanlah nama yang asing bagi orang Kuantan dan syarikatnya telah berkecimpung di dalam industri membaiki dan mengecat sejak bertahun lamanya. 

"Saya melihat kereta EV Geely dan saya sangat kagum dengan teknologinya. Hakikat bahawa ia digunakan oleh syarikat perkhidmatan perkongsian kereta iaitu CaoCao, menunjukkan bagaimana EV Geely dan teknologinya boleh dipercayai," kata Leong. 

Kini, Hoi Keen mengendalikan pusat perkhidmatan PROTON serta pusat membaiki dan mengecat tetapi telah diberi lesen untuk mengendalikan pusat 4S PROTON sejak dua tahun lalu. 

 

Hoi Keen kini sedang merancang sebuah pusat PROTON 4S terbesar di Pahang. Terletak di Indera Mahkota 3, jumlah kos pelaburan (termasuk plot tanah) melibatkan kos berjumlah RM16 juta. 

Pelaburan besar seperti itu adalah luar biasa di kalangan pengedar kereta di Malaysia tetapi membuktikan betapa yakinnya Hoi Keen terhadap jenama tempatan ini. 

"Ketika saya berada di Shanghai dan melawat pusat pengedar 4S dari Geely, saya dapat melihat apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan. 

Ini adalah satu-satunya cara untuk terus maju, dengan memperluaskan perniagaan kepada sekurang-kurangnya sebuah pusat 3S atau 4S kerana perkhidmatan kepada pelanggan tidak harus berhenti hanya setakat jualan sahaja. 

Nilai tambahan bagi pelanggan semestinya setelah mereka membeli kereta dan saya faham mengapa pengurusan PROTON mendesak pengedarnya untuk memperluaskan cawangan mereka ke 3S atau 4S. 

Pengalaman pemilikan yang cemerlang harus menjadi satu langkah yang positif untuk terus maju demi memulihkan jenama PROTON," ujar Leong.    

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…