Pengedar Harley-Davidson Johor Bahru dibuka secara rasmi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama motosikal US Harley-Davidson bersama pengedar tunggalnya, Didi Resources Sdn Bhd meluaskan rangkaian jenamanya melalui pembukaan pusat pengedar baharunya di Johor Bahru
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beralamat di 69, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, bilik pameran baharu itu beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycle Sdn Bhd.

 

2

 

Pusat pengedar baharu itu memiliki kawasan seluas 6,500 kaki persegi yang menampilkan ruang pameran dengan barisan model-model terkini Harley-Davidson, termasuk model edisi terhadnya iaitu 120th Anniversary, serta pelbagai aksesori dan alat ganti tulen.

Memenuhi lagi keperluan pemilik Harley-Davidson di Johor Bahru dan kawasan sekitar, pusat pengedar itu turut menyediakan khidmat servis selepas, menampilkan empat ruang servis, termasuk pusat badan dan cat, yang dilakukan oleh juruteknik terlatihnya dengan kelulusan dari Harley-Davidson University.

 

3

 

Sebagai tambahan juga, pusat pengedar itu turut berfungsi sebagai tempat untuk pemilik-pemilik Harley-Davidson berkumpul dan berkongsi pengalaman menunggang bersama motosikal masing-masing.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-120  Harley-Davidson dan ulang tahun ke-40 Harley Owners Group (HOG), untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web Harley-Davidson JB atau hubungi 07-2200266.

 

4