Penganjuran ACN 2018 capai objektif himpunkan peminat kereta di bawah 'satu bumbung'!

oleh Afandi Che Muhamad|
Mengharungi sesi penganjuran festival kereta dikenali sebagai All Car Nation 2018 (ACN 2018) selama dua hari di Maeps, Serdang semalam dan kelmarin sudah cukup untuk memaksa kru Careta mengesat butiran peluh yang dirembeskan tubuh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Biar pun lelah, namun segalanya disifatkan berbaloi selepas menyaksikan kehadiran ribuan pengunjung.

Rata-ratanya hadir bagi memeriahkan penganjuran acara berkenaan yang padat dengan aktiviti eksklusif khusus buat peminat kereta, keluarga dan pengunjung lain.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Kembara Belon Udara Panas percuma, Vertical Bungee, Cabaran Simulator dan Permainan Karnival, Klinik Drift dan Teksi Drift, Coffee & Breakfast, Pandu Uji Kereta, Pertandingan Kereta Stance, Pameran Kereta Klasik/Retro/Moden, Hotwheels dan Ujian Dyno (tiga kategori) pertama di Malaysia. 

Ada antaranya yang bertuah kerana terpilih untuk membawa pulang hadiah menarik yang disediakan penganjur, Art of Speed (AOS).

Berikut disenaraikan nama-nama pengunjung bertuah yang memenangi beberapa acara ACN 2018:

Senarai pemenang pameran Show & Shine

  • Best Pre-92 JDM - Kar Fai
  • Best Post-92 JDM - Mohd Zubir
  • Best Modern Continental - Ashraff Hasni
  • Best National Car - Fazreen Idham
  • Best Stance - Muhammad Azib
  • Best Kcar - Azrizuliman bin Ismail
  • Best Truck - Alan / Alphatech
  • Best Engine Bay - Alan / Alphatech
  • Best Classic Continental - Nur Amirul Syahid
  • Best American - Rukshan
  • Best Rat Look - Muhd Zulkarnain
  • Best Interior - Nazir
  • Best Paint - Assry Ismail
  • Best of Show - Jason Teoh

Pemenang Dyno King

  • Above 2.0 Turbo - Bryan Chin
  • Above 2.0 N/A - Hafizuddin Razak
  • Below 2.0 Turbo - Shauki Mazlan
  • Below 2.0 N/A - Anuar

Top 3 Dyno

  • Toyota Supra (Bryan Chin) - 606HP
  • BMW E36 (RNR Autosport) - 573HP
  • Audi R8 (OD Racing) - 459HP
     

Menurut pengasas AOS yang juga merupakan sahabat baik Careta, Asep Ahmad Iskandar (gambar; berbaju hitam), acara tersebut berjaya mengumpulkan pelbagai kelab kereta di seluruh negara untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing sejajar dengan matlamat pihaknya dalam menjadikan acara AOS sebagai platform pilihan untuk golongan muda Malaysia yang berbakat.

"Kemuncak utama acara ACN 2018 ini ialah cabutan bertuah yang menawarkan Perodua MYVI 2018 baharu sebagai hadiah utama.

"Selain itu, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan dan motivasi oleh Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf pada sebelah malam yang dibawakan khas SL1M," katanya.

Meneruskan bicara, Asep menjelaskan acara yang dijalankan serentak bersama Program Temu Duga Terbuka SL1M itu juga membuka ruang bagi graduan yang mengganggur untuk memohon pelbagai jawatan ditawarkan.

Tambahnya, festival tersebut disifatkan sebagai sukses bagi edisi penganjuran kali pertamanya kali ini dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai acara anjuran AOS pada masa hadapan boleh didapati dengan melayari laman web rasmi mereka di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…