Pencetak 3D bantu VW menang Perlumbaan Pikes Peak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kurang daripada sebulan lalu, Volkswagen telah memenangi perlumbaan legenda Pikes Peak International Hill Climb. Ini bukan kemenangan biasa-biasa, ada dua perkara menarik iaitu VW menggunakan kereta lumba elektrik dan masa yang dicatatkan.

Buat pertama kali, rekod di bawah lapan minit berjaya dicapai iaitu 7:57.148.

VW begitu komited dalam perlumbaan ini. Walaupun rekod yang dicatat di bawah lapan minit tetapi masa yang diambil untuk persiapan ialah lapan bulan.

Dalam dunia perlumbaan, masa tersebut sebenarnya agak singkat dan bukti kesungguhan staf yang komited terserlah apabila berjaya menyiapkan kereta lumba elektrik pertama VW.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
I.D. R Pikes Peak

 

Bagaimanakah VW berjaya menyiapkan kereta ini dalam masa yang singkat serta berjaya memenangi perlumbaan?

Orang kata, gagal merancang adalah rancangan untuk kegagalan.

Jadi, adakah VW guna tayar sotong? Guna pemandu kurus?

Tidak... di antara rahsia pencapaian ini ialah melalui penggunaan teknologi yang inovatif. Pasukan yang terlibat menggunakan penyelesaian mudah tetapi signifikan iaitu melalui pencetak 3D.

Menurut Ketua Pengiraan/Simulasi Volkswagen Motorsport, Dr. Benjamin Ahrenholz, mereka menggunakan model skala 1:2 di dalam ujian terowong angin dan banyak masa diperolehi melalui penggunaan percetakan 3D.

 

I.D. R Pikes Peak

 

Percetakan 3D ialah di mana sesebuah objek dihasilkan menggunakan material tertentu bagi menghasilkan objek skala. Contoh yang mudah ialah mencetak cawan, bekas dan sebagainya tanpa memerlukan proses konvensional yang rumit.

Penggunaan pencetak 3D digunakan secara ekstensif apabila 2,000 komponen dihasilkan melalui kaedah ini. Pakar aerodinamik menguji beberapa ratus konfigurasi untuk casis kereta lumba yang digunakan.

Bukan sahaja dalam jumlah yang banyak malah komponen yang dimahukan boleh disiapkan dalam tempoh beberapa hari sahaja berbanding gentian karbon yang memakan lebih banyak masa.

 

I.D. R Pikes Peak

 

Komponen yang dihasilkan daripada pencetak 3D bukan sahaja digunakan dalam proses pengujian malah turut digunakan pada kereta lumba sebenar.

Di antara komponen yang dihasilkan ialah braket untuk kabel dan suis-suis. Walaupun nampak kecil tetapi sebenarnya telah menyumbang kepada keseluruhan kejayaan VW dalam mencatat rekod dunia di Pikes Peak.

Mereka yang gemarkan teknologi dan pembuatan berkemungkinan akan berasa seronok dan teruja dengan pencetak 3D.

Ia bukan tentang limitasi pencetak ini tetapi bagaimana anda kreatif dalam menggunakannya. Banyak perkara boleh dihasilkan dan teruja sungguh!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

I.D. R Pikes Peak

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…