Penawaran generasi kedua bantu lonjak nama Toyota Hilux

oleh Afandi Che Muhamad|
Semalam, kita disajikan dengan artikel mengenai Toyota Hilux generasi pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi meraikan sambutan ulang tahun Toyota Hilux yang ke-50 tahun ini, Careta berbesar hati untuk meneruskan penyediaan maklumat mengenai Toyota Hilux generasi kedua pula.

Masih dibangunkan di kilang Hamura kelolaan Hino Motors Ltd. (subsidiari Toyota), model pikap lagenda generasi kedua ini dilancarkan awal Mei 1972.

Momentum penawaran generasi kedua itu diambil susulan kejayaan pikap berkenaan mendaki tangga populariti sejurus diperkenalkan ke dalam pasaran global empat tahun sebelumnya.

Tersedia dengan jarak roda yang lebih panjang berbanding model generasi pertama, Toyota Hilux generasi kedua ini bagaimanapun masih menggalas kapasiti muatan barangan seberat 1,000 kilogram (kg) sama seperti model sebelumnya.

Sebagai permulaan, Toyota menawarkan dua varian Hilux generasi kedua untuk dipilih pengguna ketika itu.

Antaranya ialah varian standard (1.6L) dan Highway (2.0L).

Varian standard memiliki tambahan jarak roda sepanjang 10 milimeter (mm) manakala bagi Highway pula, jarak antara rodanya dipertingkatkan sebanyak 45mm berbanding model terdahulu.

Satu hal lain yang membezakan model berkenaan dengan 'abangnya' ialah penggunaan nadi enjin baharu yang lebih berkuasa.

Pemasangan unit enjin 1.6 dan 2.0 liter itu memberikan kelebihan bagi pikap tersebut untuk menghamburkan kuasa maksimum pada 105Hp.

Kuasa tersebut kemudian dipindahkan ke gandar roda belakang dengan bantuan kotak transmisi empat kelajuan jenis manual bagi varian standard sementara untuk varian Highway pula gear tiga kelajuan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…