Penampilan pertama sedan dan SUV pertama Vinfast di Paris Motor Show Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
VinFast - pengeluar kenderaan dari Vietnam dijangka akan mempertontonkan sedan dan SUV pertama mereka di Paris Motor Show Oktober ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua model tersebut dibangunkan dengan piawaian antarabangsa namun dengan citarasa tempatan selepas undian dijalankan oleh rakyat Vietnam berkenaan rekaan kegemaran mereka untuk sedan dan SUV tersebut. 

 


Penyertaan mereka di Paris Motor Show 2018 dijangka akan menjadi batu loncatan kepada syarikat VinFast untuk meningkatkan profil jenama mereka sebagai salah sebuah jenama automotif serba baharu di abad ini. 

VinFast juga sedang merancang untuk memasarkan kedua-dua model tersebut ke pasaran dunia pada tahun-tahun yang mendatang. 

VinFast kini sedang membangun pesat dengan pembinaan kilang pengeluaran moden berteknologi tinggi seluas 335 hektar di Hai Phong, utara Vietnam yang merupakan projek perindustrian yang terbesar ketika ini di Vietnam. 

VinFast merupakan anak syarikat kepada Vingroup, sebuah syarikat swasta yang terbesar di Vietnam yang memfokuskan kepada sektor pembinaan dan hartanah di sana, serta mempunyai kepentingan utama di dalam sektor lain seperti pendidikan, kesihatan, pertanian, dan pelancongan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…
Berita Global
Menurut Naib Presiden Jualan Pasaran Asia VinFast, Zachary Mark Hollis berkata "VinFast menyasarkan…
Berita Domestik
Kilang tersebut akan menghasilkan serta mengeksport terutama ke pasaran di Asia Tenggara dan…