Pemilik Honda RS150R konvoi sejauh 1,780 KM - Rentas lima negeri semenanjung

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pemilik Honda RS150R Berkonvoi Sejauh 1,780 KM - Rentas lima negeri semenanjung
Pemilik Honda RS150R Berkonvoi Sejauh 1,780 KM - Rentas lima negeri semenanjung
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini telah berlangsung acara Konvoi Marathon Semenanjung 2017 dari 14 hingga 17 Julai lalu melibatkan 40 buah motosikal Honda RS150R. 

Aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop) - Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor).

Konvoi ini telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Jelajah tersebut mengambil masa selama empat hari tiga malam bermula dari Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak. Peserta dari Kelantan pula menyertai konvoi dari 15 sehingga ke 18 Julai.

Sepanjang perjalanan, mereka dapat menikmati keindahan pemandangan di sepanjang jalan merentasi negeri-negeri tersebut.

Pada malam terakhir, peserta jelajah diraikan di majlis makan malam Gala berlangsung di Wheat & Wit Bakery Café & Dining, Johor yang turut disertai oleh RS150R Southern Club dan pegawai-pegawai atasan Boon Siew Honda.

Peserta terus dihargai dengan acara cabutan bertuah. Hadiah utama acara itu ialah topi keledar berjenama GIVI & KYT yang bernilai lebih kurang RM400. Hadiah lain ialah kemeja-T, minyak pelincir serta barangan penyelenggaran motosikal.

Program Honda RS150R Konvoi Marathon Semenanjung 2017 ditaja oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd., GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, Up Gasket, Taikom Racing, TAA, Motor Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…