Pemilik dan pengeluar EV di Malaysia nikmati pelbagai insentif cukai

oleh Penyumbang Rencana|
Sejak bulan Januari 2022, pengeluar kereta elektrik (EV) di Malaysia boleh menikmati manfaat dari pelbagai pengecualian cukai, termasuk ke atas import, eksais dan jualan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Manakala pembeli juga boleh menuntut pelepasan cukai untuk memiliki EV, ianya sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan kos pembuatan dan pemilikan kenderaan sifar pelepasan. 

Tujuan cukai ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon sambil mengekalkan daya saing industri automotif negara.

Insentif cukai EV Malaysia terbahagi kepada tiga kategori, iaitu import, pemasangan tempatan dan pemilik individu.

Selain itu, cukai ini juga hanya terpakai untuk kereta elektrik sepenuhnya, tidak termasuk kereta hibrid.

Antara kategori insentif cukai yang ditawarkan ialah:

  • Import  -  EV yang diimport (CBU) memperoleh pengecualian penuh duti eksais dan import sehingga akhir tahun 2023
  • Pemasangan tempatan - EV dengan pemasangan tempatan (CKD) memperoleh pengecualian penuh duti eksais dan import, serta pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga akhir tahun 2025.
  • Pemilik - Para pemilik EV dikecualikan untuk membayar cukai jalan dan boleh menuntut pengecualian cukai peribadi sehingga RM 2,500 untuk kos yang berkaitan dengan perkakasan dan perkhidmatan pengecasan EV, termasuk yuran pembelian, pemasangan, penyewaan dan langganan kemudahan pengecasan EV,  sehingga akhir tahun 2023.

Semua insentif cukai yang dinyatakan telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2022, kecuali pengecualian cukai jalan untuk pemilik, berkuat kuasa pada 15 Februari 2022.

Penggubal dasar berharap bahawa insentif cukai yang ditawarkan untuk pemasangan tempatan akan membawa kepada pembangunan industri pemasangan EV seecara domestik.

Sumber: ASEAN Briefing

Penulis : Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Model Terbaharu
EV GAC AION Y Plus 2024 diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang dan hadir…
Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…