Apatah lagi apabila kenderaan yang kita naiki tiba-tiba disambar api yang berpunca dari ruang enjin.
Dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini, pemilik BMW di Romania dikatakan mengalami masalah apabila kenderaan yang dinaikinya mengalami kebakaran di tepi jalan.
Memandangkan kawasan tersebut sukar untuk mendapatkan air, pemilik BMW tersebut mengambil satu langkah berani - meminta bantuan daripada trak septik!
Nasib beliau baik apabila pemandu trak tersebut dengan bermurah hati berhenti bagi memberikan bantuan dengan menyembur sisa-sisa kumbahan daripada tangki trak tersebut demi memadamkan kebakaran.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dengan baik, namun sanggupkah pihak bengkel menerima kenderaan beliau untuk dibaiki?