Pemilik BMW E90: Jangan terpedaya dengan posting "baik beli BMW dari Vios"

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Baru-baru ini muncul iklan dari seorang individu yang berkata membeli sebuah BMW 3-Series E90 adalah jauh lebih berbaloi dari membeli sebuah Toyota Vios.

Menurut iklan beliau, dari membelis ebuah Toyota Vios, adalah lebih baik membeli sebuah BMW 320i E90 kerana Vios adalah sebuah kenderaan yang tidak begitu sempurna berbanding dengan BMW (memang sebuah Vios tidak patut dibandingkan dengan sebuah BMW, baik di bumi atau di planet-planet lain),  dan adalah lebih bijak untuk membeli sebuah BMW 3-Series terpakai.

Mungkin beliau sedikit "over" di dalam iklan tersebut kerana ada banyak faktor yang tidak dikongsi - contohnya harga insurans, harga alat ganti, jumlah penyurutan nilai dan juga fakta di mana ia memerlukan seorang pemilik yang rajin untuk melayan sebuah kenderaan Jerman terpakai.

Rakan Careta dari Page Auto Stylista di Facebook, Kamarul Ariffin Nor Sadan nampaknya berfikiran sama seperti kami dan beiau tampil menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya.

Kamarul sebenarnya memang memiliki sebuah BMw 3-Series E90 dan kerana itu, pengalaman beliau memang boleh diterima-pakai.

Teruskan membaca komentar Kamarul yang dimuat-naik di dalam laman Facebook beliau.

 

kamarul BMW
Kamarul dan BMW E90 beliau. 

 

Sebagai pemilik BMW E90, aku sarankan agar kau orang tak terperdaya dengan penjual seperti ini.
Aku beli E90 LCI tahun keluaran 2010 pada tahun 2012 di BMW Premium Selections— kira secondhand tapi melalui Auto Bavaria.

Masa ambil, odometer baru 8,000km. Ada warranti lagi setahun. Lima tahun aku guna kereta ni aku boleh kata kereta ini bagus.

Aku berpuashati dengannya, cuma pemilikan kereta ini tak seindah gambaran yang dihebahkan.
 

Beberapa perkara kau kena tahu:
 

1. Harga: 
RM80,000 hutang vs RM75,000 tunai. Bukan mudah kumpul wang tunai sebanyak RM75,000. Kalau kau ada wang tunai sebanyak itu, elok kau guna duit itu untuk beli kereta terpakai yang masih boleh buat pinjaman bank dan bayar harga muka tinggi, selebihnya kau laburkan.
 

2. Waranti: 
BMW terpakai tahun 2010 mestilah dah luput waranti. Kereta baru ada warranty sehingga 5 tahun. Jika kewangan baru nak stabil, jangan peningkan kepala pakai kereta tiada warranty. Kecuali kau beli kereta terpakai yang kos selenggara rendah. Semestinya bukan BMW E90.
 

3. Alat ganti: 
Sparepart reconditioned boleh dapat murah, tapi kena rajin cari sendiri. Kalau kereta dah rosak, nak kena cari lagi sparepart sendiri, memang niaya. Sparepart Taiwan pun murah, tapi apa guna beli kereta kualiti Jerman tapi semua pakai parts Taiwan yang tak authorised. Baik beli kereta tempatan tapi alat ganti asli. Bergaya jangan sampai poket papa kedana. itu kurang bijak.
 

4. Tayar: 
Sesetengah spec E90 tiada tayar spare. Ia pakai tayar run flat— bermaksud kalau pancit boleh jalan beberapa puluh kilometer lagi dengan kelajuan terhad. Harga sebuah tayar run flat untuk size untuk E90 ni mececah RM1,200 sebiji. Aku tukar kepada tayar biasa, sebab tak mampu. Kalau pancit, terpaksa panggil tow truck. Lagi satu, saiz tayar pun tak begitu mudah di cari.

BMW E90 side


 

5. Penjimatan bahan api: 
E90 320i mempunyai enjin 2.0L. Kecermatan minyaknya tak akan sama dengan enjin 1.5L. Mesti 2.0L lebih tinggi sedikit. Lagi-lagi kalau suka bawa macam pelesit, seperti yang dianjurkan dalam pos penjual. Jangan nanti dah beli E90, merungut setiap minggu sebab harga minyak naik. Dan bila pandu macam pelesit, komponen akan perlu ditukar dengan lebih kerap!
 

6. Lain-lain: 
- Ada ciri lampu tutup sendiri jika lupa matikan lampu selepas enjin dimatikan, namun namanya bukan LED Angel Eye Technology.
- Kesenyapan kabin (NVH) E90, terutamanya jika spesifikasi dengan rim 18" dan tayar run flat, tidaklah begitu hebat. Kalau versi M-sport, NVH lebih teruk kerana springnya keras. Dan Vios baharu sudah mempunyai lebih banyak alatan canggih seperti keyless entry, push start button dan lain-lain. Paling penting, Vios ini "reliable" dan menjimatkan minyak!
 

Kesimpulan:
Hati-hati dengan janji manis penjual. Dia cerita yang indah-indah sahaja. Tak usah percaya semua yang dia kata.
Maaf jika saya kata, jika budget kau mampu beli Vios baharu RM80,000 secara pinjaman bank, maka anda belum mampu beli BMW E90 terpakai pada harga RM75,000 secara tunai.

 

Oh ya! Cuba teka harga brake pad ori E90 berapa? Eh jangan kata boleh pakai brake tak ori pula.
 

Kamarul Ariffin Nor Sadan
 - Pemilik E90 juga
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…