Pemegang kad mesra kini dilindungi faedah Kemalangan Diri RM1 sebulan dari Petronas

oleh Afandi Che Muhamad|
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan kerjasama strategik dengan Shieldcard Holdings Sdn. Bhd. dan Zurich General Insurance Malaysia Berhad (ZGIMB) menerusi penawaran faedah Kemalangan Diri Mesra (Mesra Personal Accident) eksklusif untuk pemegang kad Mesra.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Faedah ini juga memberikan satu lagi ruang untuk penukaran mata ganjaran Mesra yang mana pemegang kad Mesra boleh menikmati Pelan PA Mesra dengan hanya RM1 (100 mata ganjaran Mesra) sebulan apabila mereka berbelanja minima RM100 sebulan di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara.

Perlindungan 24/7 di seluruh dunia itu memberikan pemegang kad manfaat Bayaran Hospital Harian (Accidental Hospital Income) sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 30 hari. 

Bagi kes membabitkan kematian atau hilang upaya diri, pemegang kad Mesra yang terbabit dalam kemalangan, keluarga dan waris terdekat mereka layak mendapat pampasan wang tunai sehingga RM25,000 (meningkat sehingga RM50,000 jika kejadian berlaku pada hari cuti am yang diwartakan oleh kerajaan)

Sebagai tambahan, apabila mendaftar dengan Pelan PA Mesra, pemegang kad Mesra secara automatik didaftarkan untuk program AXXESS secara percuma yang mana mata ganjaran AXXESS boleh diperoleh di rangkaian perniagaan mengambil bahagian, yang dapat membantu mengurangkan atau membayar secara penuh premium kenderaan motor tahunan pemegang kad. 

Ketua Divisyen Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata, kerjasama yang dimeterai adalah hasil pemerhatian pihaknya terhadap keperluan pelanggan bagi meningkatkan faedah terhadap program kesetiaan melalui perkara yang penting kepada mereka seperti perlindungan insurans.

“Melalui pembabitan kami dalam perniagaan yang menyediakan bahan api bagi membolehkan pelanggan sampai ke destinasi ditujui, keselamatan jalan raya adalah keutamaan kami.

"Kami berharap para pelanggan akan mengambil kesempatan ini untuk membolehkan mereka mendapatkan perlindungan insurans kerana ia hanyalah RM1 sebulan,” katanya.

Tambahnya, kesemua pemegang kad Mesra akan menerima SMS atau emel daripada Petronas memberitahu mereka akan faedah yang disediakan ini.

Pemegang kad yang ingin mendaftar Pelan PA Mesra akan dihubungkan dengan laman sesawang khas untuk tujuan pendaftaran. Pemegang kad yang mendaftar sebelum 28 Februari 2018 akan menerima faedah PA Mesra secara percuma untuk bulan pertama.
 
Program AXXESS yang dikenali kerana faedah manfaat perniagaannya yang unik diperkenalkan pada penghujung Mac 2017 dan dioperasikan pada Ogos 2017, bermatlamat meningkatkan daya perbelanjaan harian seseorang dengan menyediakan penyelesaian terhadap kos insurans yang semakin meningkat, terutama sekali peningkatan kos dalam penjagaan kesihatan awam dan ketidaktentuan premium insurans kenderaan motor memandangkan industri ini mula membuat liberalisasi tarif. 

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Eksekutif Shieldcard Holdings Sdn. Bhd., Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar berkata, PDB adalah antara rakan dagang terawal kami untuk program AXXESS.

Menurut Naquiyuddin lagi, ZGIMB adalah antara syarikat insurans terawal mengiktiraf potensi program AXXESS dan pihaknya berbangga kerana dapat meningkatkan lagi kerjasama yang terjalin dengan membentuk kolaborasi tiga pihak bagi membangun dan melanjutkan program ini kepada pemegang kad Mesra.

Sementara itu, Ketua Eksekutif ZGIMB, David Fike pula menambah, pengenalan pelan PA Mesra adalah selaras dengan matlamat pihaknya untuk meningkatkan perlindungan kepada rakyat Malaysia, terutama mereka yang kurang atau tiada perlindungan insurans.

Jelasnya, program tersebut adalah tepat untuk pemegang kad Mesra mendapatkan perlindungan yang diingini tanpa perlu membayar kos tambahan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari www.axxess.com.my/petronas-mesra-register sekarang juga.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…