Pemasangan kamera AES bantu kurangkan kemalangan dan kematian?

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, kajian dijalankan The London School of Economics membuktikan bahawa pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atau kamera perangkap kelajuan berkesan menurunkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian itu lagi, pemasangan lebih 1,000 kamera di United Kingdom (UK) mampu mengurangkan 190 kemalangan jiwa dalam tempoh setahun.

Memetik laporan Reuters minggu lalu, graf berkenaan diperoleh menerusi analisis yang dijalankan terhadap lebih 2,500 kamera perangkap kelajuan di beberapa lokasi sekitar UK, Scotland dan Wales.

Berdasarkan analisis tersebut, kadar nahas jalan raya menurun daripada 17 hingga 39 peratus selepas inisiatif pemasangan kamera perangkap kelajuan diambil.

Sementara, peratusan kematian pula berkurangan antara 58 hingga 68 peratus.

Ketua penyelidik, Cheng Keat Tang berkata, penambahan 1,000 unit kamera sama pada masa hadapan dijangka membantu menggelakkan lebih 1,130 kemalangan dan 330 kecederaan serius daripada berlaku.

However, the report points out that the benefits of speed cameras are ‘highly localised’ and dissipate over distance – with a slight increase in collisions observed at distances beyond 1.5kms from the camera sites.

The report says this could be due to a ‘kangaroo’ effect as drivers ‘brake suddenly before the camera to avoid fines’ and ‘speed up beyond camera surveillance’.

Cheng Keat Tang said: “Although the study found a slight increase in accidents away from the camera, the overall reduction in road accidents and deaths around the camera more than makes up for this increase.

"Pengenalan kamera perangkap kelajuan sebegini dilihat efisien dalam menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya daripada insiden kemalangan ngeri.

"Pun begitu, pemasangan kamera seharusnya dilakukan pada jarak antara 500 meter hingga 1.5 kilometer (km) setiap satu bagi mengelakkan pemandu bertindak membrek secara tiba-tiba bagi mengelak dikesan memandu laju," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada hari Isnin, sehingga kini terdapat kira-…
Berita Domestik
  Kerajaan akan memutuskan akan kedudukan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Atuomatik (AES) dalam…
Berita Domestik
Pertambahan kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalanraya telah dikesan ketika perjalanan balik…