Pemandu Uber mati ketika memandu: penumpang terjun selamatkan diri

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumaat lalu seorang pemandu Uber di Chicago, Amerika Syarikat mati ketika sedang memandu sepasang suami isteri.

Menurut penumpang tersebut, Jason Wood dan isterinya, pemandu Uber tersebut tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kakinya menekan pedal pendikit.

Jason dan isterinya membuka pintu dan terjun keluar dari kenderaan yang sedang bergerak dalam kelajuan 15 kmsj itu.

Kenderaan Uber tersebut terus memecut dan melanggar sebuah kenderaan Uber yang lain di blok bangunan bersebelahan.

Di sini, ada tiga perkara yang kita dapat pelajari”

- Risiko yang kita dapat dengan menaiki Uber/Grab ada yang sama dengan menaiki teksi.
- Efek Hollywod sangat kuat kerana pasangan suami isteri itu melompat keluar dari kereta tanpa cuba menghentikan kenderaan itu.
- ada banyak Uber di US sehinggakan kereta ini berlanggar dengan kenderaan Uber juga di blok sebelah.

* Berita dipetik dari Jalopnik

* Gambar hiasan, tiada kena mengena dengan kejadian


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…