Pemandu rentung, kereta terbakar rempuh pembahagi tol di WCE

oleh Hamimah Hamid|
SORANG mangsa yang belum dikenal pasti identitinya rentung setelah kereta yang dipandu merempuh pembahagi tol lalu terbakar dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Sitiawan lewat malam tadi.

Mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota SE disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, 

pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.25 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi.

 

"Setibanya jentera di lokasi didapati sebuah kereta Toyota musnah terbakar sebanyak 80 peratus akibat melanggar pembahagi tol.

 

"Terdapat seorang mangsa terperangkap dan maut dalam kenderaan, indentiti dan jantina mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya. 

 

Menurut Sabarodzie, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian memadam kebakaran menggunakan satu aliran hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

 

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan.

 

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azizi Kamaruddin itu tamat pada jam 12.15 tengah malam.